Tuesday, June 28, 2011

Bahagian lima: Musa

Aku merebahkan badan ke katil. Niat dihati nak tidur barang sejam dua. Namun, aku tak dapat melelapkan mata.
Menyesal pulak aku marah-marah kat si Husna tadi.

Aku nak tarik diri dari perkhemahan tu.
Malas dah nak fikir!
Perjumpaan malam ni? Boleh blah la!

Aku cuba taknak berfikir tentang itu.
Tapi fikiran ni ligat berputar.

Terfikirkan Zahrah...

Astaghfirullahh..Zahrah?!

Cepat-cepat aku beristighfar.
Apa agaknya yang tak kena dengan diri aku ni?
Aku cuba tidur.

Mengiring ke kiri.
Ke kanan.
Telentang.
Meniarap..
Telentang balik..
Duduk..
Kacau Si Khairel yang tengah berdengkur.
Melontarkan pandangan ke luar tingkap. Apa yang ada hanyalah padang hijau yang rata dengan tiang gol di kedua belah hujungnya..
Baring balik.


Hm.
Akhirnya 2 jam aku macam tu.

Suara Syed Hakim azan Asar berkumandang disegenap pelusuk asrama putera dan puteri.
Fahrul dah pun siap-siap nak ke surau.

"Tak ke surau Mir?" Soalnya sambil menyapu minyak atar. Baunya menusuk.

Aku hanya tersengih dan dia balas dengan senyuman sinis dan pergi.
Hm.

Yelah..yelah..aku pegilaa..

Aku mengenakan Baju Melayu dan menuju ke surau.
Di sana Al-Faizal dah pun bersedia mengimamkan.
Sesungguhnya,
ketika solat sajalah aku damai dan tenteram...
Allahu Akram..

**********************************************************************************

Helmi mengarahkan semua senior berkumpul di Dewan Makan selepas Solat Isya'.
Aku rasa semua maklum sebab apa.

Jadi,
seperti yang dijanjikan, di Dewan Makan, lepas Solat Isya', Helmi mulakan bicara.

"Terima kasih sebab datang..Zamri mana?" Soalnya sambil tercari-cari kelibat Zamri.

"Zamri kat dorm Al-Farabi Mi..tengok-tengok kalau si Musa lari..dia macam dah suspect kita la.." Ujar Khusairi.

Helmi menghela nafasnya.
Seperti biasa, dia tenang...

"Takpe..elokla Zamri ada situ.."
"Sebenarnya, aku bukannya nak kita semua pukul Musa. Cuma nak bagi pengajaran sikit kat dia.." Helmi tak pandang kami pun. Hanya tunduk.

"Aku nak kita semua cari jalan macammana nak selesaikan masalah si Musa ni. Aku takut kalau dibiarkan makin teruk budak tu nanti. Korang tau kan pasal Cikgu Ruhani? Aku taknak dia buat kat cikgu-cikgu lain atau sesiapa pun kt sekolah ni.." Sambungnya panjang lebar.

"Hm..apa kata kita jumpa dia face to face, nasihat dia?" Cadang Al-Faizal.

"Nasihat apa lagi Al? Budak tu memang tak makan nasihat lah!" Bentak Khusairi. Marizan di sebelahnya mengganguk-angguk setuju.

"Aku berpendapat, kita patut bagi peluang kat dia. InshaAllah..dia pasti berubah." Sambung Al-Faizal.

"Kau ni baik sangat Al! Kau dan lupa apa jadi kat Cikgu Ruhani! Kau nak bela dia lagi!" Bentak Khusairi lagi. Urat-urat dimukanya keluar, tanda marah.

"Sabar..sabar kawan-kawan..takkan sebab Musa kita pulak yang bergaduh.." Ucap Helmi menenangkan.

"Aku bukannya marahkan Al..tapi si Musa setan tu!" Ujar Khusairi.

Semua yang ada kat situ diam sebentar.
Masing-masing berfikir mencari jalan.
Ada yang berbincang-bincang.
Ada yang diam.
Ada yang termenung.
Syed Hakim rajin bawa buku.

"Aku rasa kita lupakan..Musa dah fly!" Zamri tiba-tiba bersuara. Entah dia datang dari mana.

"Hah?! Fly?! Bila?! Macam mana?" Soal Marizan.

"Budak-budak dorm Al-Farabi bagitau aku tadi, aku lambat 30 minit. Dia kuar ikut pagar belakang Dewan Makan.." Jawab Zamri.

Helmi diam.

"Dia bawak beg baju dia skali?" Tanyaku.

"Beg besar lagii!" Jawab Zamri.

"Tu confirm la esok tak pegi sekolah tuu..maunya sampai 2-3 hari.." Ujar Hafiz Dalhal.

"Haa..aku dah kata! Budak tu tak boleh dibagi muka!" Bentak Khusairi.

"Kalau ikut pagar belakang Dewan Makan, mesti kuar kat jalan besar tu. Jomla..mane tau dia ada kat situ.." Celah Syed Hakim selamba.

Suasana senyap seketika.
Semua mata memandang Syed Hakim.

"Eh..Syed? Mana kau tau? Macam ada pengalaman je?!" Soal Khusairi.

"Hehehe...!" Syed Hakim tersengih-sengih.

"Ishh..nampak je baik budak nii!Dahla..jomla lekas pegi jalan besar tu!" Ujar Helmi.

"Kejapp..kita jangan ikut pagar belakang tu..kita ikut jalan lain..aku tunjuk!" Syed Hakim berkata lagi.

"Masya Allahh...kau ni Syed!Diam-diam ubi berisi!" Ujar Marizan pula.

Syed tersengih lagi.
Aku pon tak sangka Syed Hakim tau jalan-jalan nak fly. Tak ramai yang tahu jalan terbaik nak fly.

Tapi, kalau silap jalan, memang akan terjumpa Pak Salleh, Jaga Sekolah.
Selalunya budak-budak asrama ni fly sebab nak ke kedai hujung jalan. Makan lewat malam kata diorang.
Ada yang fly sebab nak lari dari sekolah dan balik rumah.
Selalunya jadi kat budak-budak form 1.

Helmi mengarahkan hanya 4 orang je yang pegi..
Dia, aku, Zamri dan Syed Hakim.
Yang lain standby kat dorm masing-masing.

Jalan yang dibawa oleh Syed Hakim, asing bagi kami. Entah macam mana dia tau jalan ni..
Tapi, jalan tu jalan short-cut pegi ke jalan besar.
Lebih kurang 10 minit, kami sampai.

"Tu kat bus stop tu Musa kan?" Soal Helmi.

"Haah.Dia la tu..aku kenal sangat!" Ujarku.

"Ok..camni. Aku rasa kita pusing jauh sikit. Kang dia nampak kita, dia lari.." Zamri memberi cadangan.

Kami semua mengangguk.

Musa pucat lesi bila kami menyapa dia di bus stop.

"Apa khabar sedara? Nak pegi mana malam-malam ni sedara?" Seloroh Zamri namun tegas.

"Eh..ko..korang buat apa kat sini? Ustaz Nordin tau ke korang kat sini?" Soal Musa tergagap.

"Korang buat apa kat sini..korang buat apa kat sini? Kau ingat kitaorang nak makan angin ke datang sini!" Ajuk Zamri dan sedikit menengking.

Musa tersentak.
Dia memasang impian nak melarikan diri.
Aku cepat-cepat menahannya.

"Kau nak pegi mana ni Musa? Duduk la dulu.." Ujarku dan tersenyum sinis.

Helmi menepuk bahu Musa yang nampak takut.

"Macam ni la Musa. Abang nak Musa masuk asrama balik dengan kitaorang, kat sana nanti kita bincang. Lagipun hari dah jauh malam ni, esok kan sekolah.." Ujar Helmi cuba berdiplomasi.

Musa menepis tangan Helmi.

"Taknak!..korang ni sapa nak arah-arahkan aku ha?Suka hati aku la nak pegi mana pun!" Tengking Musa.

Pang!
Satu lempang hinggap kat pipi kiri Musa.
Musa terjelepuk jatuh.

"Kalau kau kurang ajar lagi, aku kasi penendang pulak!" Bentak Zamri.

"Aku punya suka la nak keluar ke nak hapa ke?!Yang korang sibuk ni kenapa hah?!" Balas Musa.

Zamri dah bersiap nak mengayunkan kakinya.
Namun,
Musa berjaya meloloskan diri. Lintang-pukang dia lari. Macam tak cukup tanah.

"Kita nak kejar ke Mi?" Soalku.

"Hm.Takpe.Tak payah. Kita balik dulu. Kita selesaikan kat asrama . Dah lewat ni. Tak pasal-pasal kita pulak yang kena.." Balas Helmi.

"Aku ingat kita boleh pujuk dia balik ke asrama. Kalau dia ikut, senang sikit.." Ujarku.

"Haa..senang sikit aku nak rumble dia!" Sambung Zamri.

Zamri masih menahan marah kerana penendangnya tak sempat hinggap. Merah padam mukanya.
Aku menenangkan Zamri.
Kami berempat balik ke asrama mengikut jalan tadi.

Tiba-tiba Syed Hakim bersuara,

"Syhh..kejap-kejap..berhenti!" Ujar Syed Hakim separa berbisik.

"Kenapa?" Soal Zamri.

"Pak Salleh!" Balas Syed Hakim.

Kami membatukan diri dibalik belukar tepi garaj kereta pengetua. Kelibat Pak Salleh, Jaga sekolah mundar-mandir kat situ, membuatkan kami semua berpeluh.
Pak Salleh, tak pernah lepaskan budak.
Kisah Aiman, budak form 2 tahun lepas kena gantung asrama sebab fly masih segar dalam ingatan.
Kalau ditangkap, memang nahas!
Esok pagi mesti ke bilik pengetua!
Lepas tu kena rotan dengan Ustaz Nordin!

Heishhh!Mintak simpang!

Setelah yakin Pak Salleh dah beredar, kami bergegas ke asrama.

"Alamak, selipar aku putus!" Zamri berkata tiba-tiba.

"Biarkan la!Cepat..kang Pak Salleh nampak!" Balas Syed Hakim cuak.

Helmi cuba membantu Zamri.
Aku dan Syed Hakim terbongkok-bongkok sembunyi agar tidak kelihatan.

"Zam,biarkanlah!Jom cepat!" Helmi menarik tangan Zamri dan mengheretnya ke kawasan asrama.

Zamri tak sempat berbuat apa-apa.

Sampai kat depan Dewan Makan, kami semua berpeluh-peluh, termengah-mengah.
Zamri kelihatan pucat.

"Zam.Kau tak pape ke?" Soal Helmi.

Zamri diam. Matanya memandang ke arah tempat kami masuk tadi.

"Zam!Kau ok ke tak?" Helmi menyoal lagi.

"Selipar aku Mi..selipar aku..habisla!" Ujar Zamri.

"Selipar je kot!Aku bagi kau selipar baru aku nak?" Ucap Syed Hakim pula.

"Aku belikan kat Ko-op esok..dahla..jom balik dorm!" Ujar Helmi.

"Aku tak kisah kalau korang nak belikan aku sejuta selipar baru!Tapi..tapi..kat selipar tu ada nama akuuuu!!"

Mampus!

bersambung.....

Friday, September 17, 2010

Bahagian empat: Zahrah 1 (akhir)

"Amir..Amir.!" Laung satu suara dari belakang.

Aku berpaling.

"Ha..kenapa?" Aku menjawab. Arman Shah kelihatan termengah-mengah. Tercungap-cungap. Mukanya cemas macam muka orang yang isterinya nak bersalin.

"Weh..jom..jom ke makmal dua sekarang!" Ujarnya tercungap-cungap.

Aku malas nak banyak soal dan terus mengikutnya.
Hari ni memang semacam. Semua orang nampak macam kelam-kabut tak tentu arah. Aku dah perasan sejak loceng pagi tadi berbunyi. Pengumuman dari corong-corong pembesar suara.

"Perhatian, perhimpunan pada pagi ini dibatalkan. Semua pelajar dikehendaki terus masuk ke dalam bilik darjah masing-masing dan tunggu arahan pengawas yang bertugas! Sekian terima kasih!" Pengumuman itu diulanginya sebanyak 3 kali.

Cikgu-cikgu ada mesyuarat kot!

Makmal 2 yang terletak di Blok C di aras satu, betul-betul mengundang resah padaku. Sebab apa tau? Sebab ramai pelajar berkumpul kat situ macam sedang melihat sesuatu yang menarik ataupun sesuatu telah terjadi disitu.

Aku 'menyelak' pelajar yang menghalang laluan pintu masuk makmal dan aku semacam tak percaya dengan apa yang aku lihat.

Cikgu Ruhani sedang ditenangkan oleh beberapa pelajar termasuk Cikgu Azmi dan Kak Siti, pembantu makmal sekolah.

"Apehal ni Man?" Soalku.

"Aku dengar ada orang menjerit-jerit tadi..sampai sini rupa-rupanya Cikgu Ruhani!" Jawab Arman.

"Aduhh..aduhh..!" Ucap Cikgu Ruhani sambil mengurut-ngurut dadanya. Tudungnya kejap-kejap ditarik kebelakang mengelakkan dari menutup mukanya. Cermin matanya di atas lantai. Pecah!

Aku sedang menaa'kul apa yang sedang berlaku.

"Sabar Kak Ani..sabar..mengucap.." Pujuk Kak Siti. Cikgu Ruhani tak berganjak dari posisinya. Dia merenung tajam ke arah salah seorang pelajarnya.

"Aku takkan halalkan ilmu aku kat kauu! Kau boleh berambus dari kelas aku! Berambus dari sekolah ni!! Kau tak layak jadi pelajar sekolah ni!" Tengking Cikgu Ruhani.

Ianya membuatkan sekelian yang ada terkejut dan gerun. Termasuklah aku, Aku tak pernah tengok Cikgu Ruhani macam ni. Dia pernah ajar aku Sains masa aku form 1 dulu. Entah apa yang merasuknya sampai macam ni sekali? Ataupun entah siapa yang membuatnya marah sampai begini?

"Sudah tu Kak..Sabar.." Pujuk Cikgu Azmi pula.

Arman tiba-tiba menarik lenganku supaya aku rapat padanya seraya berbisik.

"Cuba ko tengok belakang tu. Sapa nama budak tu? Yang kurus bersongkok lipat tu.." Bisiknya.

Aku memerhati cuba mencari.
Ada seorang budak je yang menepati ciri-ciri tu.

Ya!
Aku kenal dia!


"Musa..nama dia Musa. Budak baru. Form three kot. Kenapa dengan dia?" Soal aku. Aku masih tak pasti apa yang berlaku. Tapi yang nyata aku nampak Musa sedang senyum-senyum seolah memerli. Matanya merenung tepat ke arah Cikgu Ruhani.

"Aku rasa dia ni la puncanya! Aku dengar tadi, ada budak kenekan Cikgu Ruhani. Dia conteng buku panduan mengajar cikgu dengan gambar-gambar lucah!" Terang Arman.

"Ushhh!!Berbulan-bulan agaknya cikgu nak siapkan segala panduan mangajar tu..bukannya senang. Aku pernah tengok kot dia stay back sampai malam nak siapkan buku tu!" Terangnya lagi.

Apa kena budak sekor tu!

Aku pon tak paham ape dalam pala otak si Musa. Kenapa dia buat gitu?

"Memang siap ah budak ni kat dorm!" Getusku dalam hati.

Kak Siti memapah Cikgu Ruhani keluar dari makmal dua dan berlalu entah kemana sedang Cikgu Azmi dengan tegas dan keras mengheret Musa keluar untuk dibawa ke bilik pengetua.

"Yang lain ni!Sudah-sudah!Masuk kelas!" Jerkah Cikgu Azmi.

Aku dengan Arman Shah berjalan menuju ke kelas sambil bincang-bincang tentang nasib Musa malam nanti.

Hehe!

Arman dah pon masuk ke kelasnya.

Aku melewati bilik gerakan pengawas.
Kelihatan ada beberapa orang sedang sibuk menyiapkan sesuatu.
Azim pon ada sedang menulis sesuatu kat papan putih.
Gigih betul pengganas..eh pengawas sekolah aku ni!

Hihi!

Zahrah?
Takde pon.
Biar ah!

Aku membelok dihujung koridor. Hampir saja bertembung dengan seseorang!

Zahrah!

"Ya Allah!Maafkan saya..saya tak sengaja!" Aku dah membuatkan barang-barang dalam tangan Zahrah bertaburan.

Nasib baik tak bercium!

Dia tak menjawab. Senyum pon tidak. Seperti biasa.
Aku membantunya mengutip beberapa helai kertas yang dah masuk longkang!

Alamak!
Dah hitam!
Ada bau pulak tu
!

Kemudian,
macam tu je!
just like that!
Dia berlalu tanpa suara dan meninggalkan aku terpinga-pinga.
Macam tu je tau!

Ye lah!Aku tau la kau marah!Kok iye pon jangan lah sombong sangat!

Aku tersedar bahawasanya aku sedang memarahi Zahrah si singa jadian Aspuri. Memang takde pekdah!
Buat sakit hati je!

Lantak ko lah!

Kelas aku takde cikgu yang masuk. Pengawas bertugas pon takde. Takut agaknya. Maklumla, kelas otai! Sepatutnya Ustazah Maznah punya masa. Jadi, aku amik kesempatan ni bincang pasal hal Musa dengan Helmi kat luar kelas. Yang lain-lain menuruti.

"Kita hentak je dia Mi..!" Zamri mengepal-ngepal penumbuknya.

"Gila kau!Mati anak orang kang!" Marizan pula membantah. Al-Faizal sejak dari tadi melopong bila aku bercerita pasal hal tadi.

"Ok, macam ni. Malam ni, masa meeting AJK, kita bangkitkan perkara ni ok? Lagipun aku taknak belakangkan Ustaz Nordin!" Ujar Helmi pula memberi cadangan.

"Belakangkan Ustaz Nordin? Tak baik main belakang Mi..nabi tak ngaku umat!Hahaha!" Ucap Marizan. Berderailah ketawa kami. Helmi dah merah muka. Namun, dia jugak kemudiannya terbahak-bahak.

Jadi, malam ni perkara Musa memang nak dibawa ke mesyuarat AJK asrama. Siaplah dia!

Biar aku kenalkan tentang Musa ni. Setakat yang aku kenal, Musa ni anak Cik Karim, bilal Masjid Nahdhah. Rumah dia dekat jugakla dengan rumah aku. Satu taman. Dia ni ada masalah sebenarnya. Disiplin Ya Rabbi!Teruk gila!Setakat pukul budak, pow budak, usik anak dara orang bukanlah asing bagi Musa. Mak bapak dia pon tak tahu nak buat apa dah. Jadi Cik Karim Bilal masukkanlah dia kat sekolah ni dengan harapan suasana pembelajaran agama kat sekolah ni akan dapat mengubah sedikir sebanyak la perangai dia tu. Dia baru mendaftar ke sekolah ni kira-kira 3 hari yang lepas dari sekolah lamanya. Dia form 3

Jauh kat sudut hati aku, memang aku nak husnul-dzon dengan Musa. Moga-moga Allah bukakan hati dia dan dia akan berubah.

Tapi....apa yang jadi tadi, cukup menjelaskan, yang Musa memang akan kene!!
Paling pantang bagi aku dan kawan-kawan aku dan mungkin bagi sesapa saja, bersikap kurang ajar kat guru. Guru lah yang mengajar kita tulis-baca. Dia juga mak-ayah untuk kita kat sekolah. Segala nasihat dan ajarannya mungkin sekarang kita tak nampak atau tak amik peduli. Tapi percayalah, satu hari nanti, kita akan berterima kasih kat mereka. Kerana mereka membentuk sebahagian dari apa yang kita ada sekarang ni. Nak nakal takpe, tapi, jangan sampai kurang ajar!

Aku kemudiannya membelek-belek buku Syariah. Belek sambil baca la!
SPM dah hampir. Maka, aku harus bersedia. Besar harapan ibu dan ayah di kampung halaman. Alangkah bahagianya mereka kalau anak mereka ni berjaya!
jadi, aku kene berusaha!

Suhana mengejutkan aku.

"Amir..Amir..wehh..sori ar aku kacau ko..rajin plak ko eh!" Ujarnya

Aku memandangnya dan senyum kelat. Acuh tak acuh.

"Ape cite?Aku dengar ko skandal dengan Zahrah!" Ujarnya lagi.

Huii!Bedosing telingo den nihaa!

"Apa?Zahrah?Mana ko dapat cite ni ha?!" Tanyaku tak percaya.

"Satu Aspuri dah tahu!" Jawab Suhana.

Ni takde keje orang lain la ni!
Husna!!


"Ish..jangan percaya gosip-gosip liar ni!" Ujarku sambil membuat muka macho ala-ala artis menjawab soalan gosip.

"Eleh..nak cover plak!Apa salahnya Mir..?Dia ok apa!" Ujar Suhana sambil tersengih.

"Amboi!Sedapp je kan?!Sudahlah!Jangan percaya cakap-cakap orang!Tanya aku kalau nak tau!" Ucapku.

"Aku tanyala ni..betul ke?" Soalnya dengan soalan itu buat kesekian kalinya.

"TAK BETUL!"

Aduii!
Apakah yang sedang menimpa aku ni?
Gosip dengan Zahrah?!
Come on laa..
Zahrah?
Please laa.
.

Loceng akhir berbunyi tepat jam 2.30 petang. Hafiz Dalhal mengajak aku ke dewan makan. Aku kata tak lapar lagi. Aku mintak dia simpankan makanan untuk aku. Kemudian dari jauh laungan itu..laungan yang amat aku kenal!

"Amir!Wehh..tunggu!Tunggu jap!!" Laung Husna dari jauh. Adalah kira-kira selang 5 kelas.

Aku berhenti dan menoleh.
Dan mencuka.

"Adehh.!!Penat!Adehh..!" Ujarnya sambil menekan-nekan perutnya.

"Ha..nak apa?!" Suaraku kedengaran sedikit keras.

"Amboi!marah aku ke?Hehe!" Husna boleh gelak?Dia gelak wei?!Ishhh!Nasib baik girlfriend Helmi...kalau tidakk!!

"Eh tak lah!Sapa boleh marah cik Husna ni kan?!" Perliku.

"Laa..kenapa ko marah-marah ni?Marah sapa?Aku ke?" Soalnya.

Iya laah Husna oii!

"Marah?Sapa marah?Aku tak marah sapa-sapa pon!" Aku masih lagi memerli.

"Nada suara ko aku tau ko marah Mir.." Ujarnya sambil buat muka cute dia tu. Alahai! Husna-Husna!

"Tade pape la!Ha..ni kenapa?Apesal?Cepat sket!Aku ada hal ni.." Aku memang kalah dengan pompuan lah!Lebih-lebih lagi bila yang suka pujuk-pujuk dengan muka cute.

"Ok. Aku ada pesanan dari buah hati ko!Dia mintak ko datang perjumpaan malam ni kat bilik pengawas jam 9 malam" Ujarnya tersengih-sengih.

That's it!

"Husna!Dia bukan buah hati aku!ok?!So, jangan cuba nak kenen-kenenkan dia dengan aku!Faham?!And by the way, malam ni aku tak senang, aku ada hal lain, ko bagitau tu kat dia ok?!" Aku dah tak boleh tahan dah. Husna asyik sebut 'buah hati' yang merujuk kat Zahrah!

Aku terus blah tinggalkan Husna terkulat-kulat!
Biarkan dia!
Aku merajuk mengalahkan pompuan!

Sedang aku berjalan menuju asrama, aku terserempak dengan Zahrah. Aku buat dekk je. Langsung tak pandang dia!

Tapikan.
aku macam dapat lihat dari ekor mata aku yang dia macam nak berhenti dan nak menyapa aku.

Ahh!
Lantak lah
!

Aku menuju ke dewan makan. Dah lapar!
Tinggal Hafiz Dalhal dengan Helmi je kat meja makan. Aku pon join sama dan kemudiannya menunaikan solat Zohor berjemaah.

Fuhh!
What a day!
Getus hatiku.

Monday, September 13, 2010

Bahagian empat: Zahrah 1.

Peristiwa kat Bilik Pengawas tadi betul-betul buat aku panas!

Zahrah! Bentak hatiku.

Dan menyesal pulak aku terima tawaran si Husna nak pegi perkhemahan tu. Bukannya buat apa pon. Jadi Biro Teknikal je. Setakat uruskan PA system, lampu-lampu, generator tu apa la sangat. Kalau semua dah siap, aku nak buat apa? Takkan nak duduk melangut!.

Saat ini pon, aku tak dapat melelapkan mata. Semuanya gara-gara si Zahrah malukan aku siang tadi. Aku tak tau apa yang berlaku selepas tu. Barangkali si Azim cari aku dan Zahrah pulak kata kat dia, tak payahla carik dia! Dia tu bukannya ahli pengawas!

Huh! Menyampah aku lah! Macam la pengawas tu bagus sangat!

"Hoi! Tak turun prep ke?!" Fahrul mengejutkan aku dari lamunan. Baru aku berangan nak tempeleng si Zahrah tu!

"Alahh..ngantuk la! Jap-jap lagi la. Aku nak tido jap" Ujarku.

Memang sebagai senior, kitaorang ada beberapa kelebihan. Pertama, masa prep yang fleksibel, kedua, takyah beratur kat dewan makan. Makan berhidang. Ketiga, kitaorang pegang jawatan kat asrama. Time induction, memang siaplah junior-junior! Hehe..

"Suka ati lah..tapi ada orang nak jumpa ko kat pagar Aspuri"

"Sapa? Kan dah malam ni?" Soalku. Fahrul menjungkitkan bahu.

Ish. Sapa pulak?
Aku kerling ke arah jam dalam dorm ni. Pukul 9.30 malam. Aku mengenakan songkok, baju melayu dan seluar.

Dari jauh, kelihatan susuk tubuh perempuan.
Macammana aku tau?
Haha, tentulah aku tau.
Bertudung, dah tu dari sebelah kawasan Aspuri pulak!
Takkan Ustaz Nordin pulak!

2 orang semunya.

"Assalamualaikum..ada apa nak jumpa saya ni?" Aku mulakan bicara.

"Waalaikumsalam..maaflah menganggu awak. Saya cuma nak bagi senarai peralatan yang perlu dibawa, senarai barang-barang teknikal dan tentatif perkhemahan tu" Jawab Zahrah. Kat tepinya si Husna asyik tersengih-sengih.

"Oh, besokkan boleh bagi?" Soalku,

"Saya takut kita tak berjumpa sehinggalah hari perkhemahan tu nanti. Esok dah sibuk dengan persiapan suma" Jawabnya tenang.

Wajahnya putih bersih. Bertudung kemas. Tuturnya santun. Langsung hilang marah aku kat dia. Pakai ilmu apa la agaknya dia ni?
Hm.
Comel la plak!
Aih!
Tu Zahrah lah! Gila ke?!


"Er..yelah..awak kan boleh pass kat Husna.." Setiap kali Zahrah berbicara, dia buatkan lidahku kelu. Jantung berdegup laju. Nafas tak keruan. Entah kenapa.

"Hey, jangan libatkan aku!" Ujar Husna separa jerit dari belakang Zahrah. Zahrah kemudiannya menjeling tajam ke arahnya dan membuatkan dia menekup mulutnya.

"Saya rasa cukuplah setakat tu, terima kasih..assalamualaikum" Ucap Zahrah dan seperti biasa terus berlalu tanpa sempat aku membalas ucapan salamnya. Husna mengikutnya sambil tersengih-sengih kat aku dan menunjukkan isyarat bagus.
Tah pape tah.
Aku pon tak faham.

Aku membelek kertas-kertas dari Zahrah kat dorm.
Aku memeriksa peralatan teknikal yang harus dibawa. Takdelah banyak sangat! Tu pon nak kecoh! Pengawas sekolah ni menggelabah lebih la!

Sedang aku membelek tentatif, ada sesuatu melekat dibelakangnya.
Nota kecil yang dilekatkan.

'Saya mintak maaf. Jangan ambil hati'

Aku merenung nota tu tanpa berkelip. Lantas aku memeriksanya dengan teliti. Yelah! Manala tau si Husna nak kenekan aku!
Sah! Bukan Husna punya tulisan. Aku kenal tulisan dia. Maklumlah, aku kan posmen dia dengan Helmi. Amik kesempatan la baca! Hehe.

Nota dari Zahrah tu aku simpan elok-elok. Aku selitkan kat pintu locker sebelah dalam. Aku tak ambil pusing pon.Dia tak mintak maaf pon takpe. Zahrah kot! Memang dia begitu. Sapa yang tak kenal Zahrah! Singa jadian Aspuri!

Aku tak jadi tido. Aku nak turun prep kat bilik prep. Belum pon keluar pintu dorm, si Khairel sibuk mintak aku bercerita pasal kes malam tu. Aku takde selera nak bercerita. Si Khairel dok buat muka seposen dia. Dok meleser-leser kat bahu aku macam pompuan! Apa lagi! Satu tendangan tanpa bayang hinggap kat perut dia!

Dia mengaduh!

"Padan muka! Len kali bersopan sket eh!" Ujarku. Aku takdelah tendang bebetul.

"Sampai ati abang! Mentang-mentanglah saya ni anak yatim..sampai ati abang buat saya camni.." Ujar Khairel sambil pura-pura teresak-esak menangis.

Fendi Abu Khair dah terbahak-bahak gelak. Tercabut cermin matanya, tercampak jauh sebab menahan gelak.

"Ko nak rasa tempeleng tanpa bayang ke?" Acahku.

"Eh..tak-tak..hehe..eleh, gurau pon tak boleh dah sekarang..!" Khairel tersengih-sengih. Fendi tak berenti dari ketawa lagi.

"Tak menyempat-nyempat! Ada masa aku cite la..hesyhh!"
"Ha..aku nak tanya ni, bilik air dah cuci?" Soalku kat Khairel. Dia menggeleng.

"Giliran saya ke? Bukan Khairi ke?" Jawabnya sambil menuding ke arah Khairi wahid yang sedang mengemas beg sekolah.

"Aikk! Aku pulak! Aku punya dah lepas lah!" Ujar Khairi Wahid.

"Ehh..saya ke?hehe" Khairel tersengih-sengih tersipu-sipu.

"Haa.! Nak tunggu bila?! Raya Haji?! Pegi sekarang!" Suaraku sedikit meninggi.

"Baik bos!" Jawab Khairel.
"Oh, by the way..abang dengan Kak Zahrah tu ada apa-apa ke?" Soal Khairel. Tersengih-sengih lagi.

"Ish budak ni kang!!" Jerkah aku. Khairel mencicit berlari.
Apa la diorang ni. Asal aku jumpa pompuan je, kata aku ada pape dengan pompuan tu. Skang, skandal dengan si Zahrah pulak! Aku bukan saja-saja lah! Ni kerja professional maa!

Aku menuju ke bilik prep.
Fahrul tekun study.
Al-Faizal pon.
Marizan dengan Helmi tido.
Syed study.
Hafiz Dalhal dengan Zamri mengacau Marizan dengan Helmi yang tengah tido.
Aku tak nampak senior yang lain. Tido kat dorm agaknya.
Aku membuka buku matematik.
Namun fikiran menerawang kepada nota kecil tadi. Rasa bangga pon ada sebab Zahrah si singa jadian Aspuri mintak maaf kat aku. Hehe..sapa-sapa pon akan rasa bangga. Kalaulah diorang ni tau..hehe.

Aku prep sampai pukul 11 malam. Masuk dorm aku tak fikir apa dah. Letak je kepala, aku belayar di alam mimpi...

"Awak, saya mintak maaf ok? Saya tak buat lagi.." Ucap Zahrah sambil tersenyum manis. Sesekali dia larikan matanya tatkala bertemu dengan mataku.

"Awak, saya suka kat awak" Ujarnya lagi sambil tersipu-sipu malu. Mukanya merah padam.

Tiba-tiba.

"Heeee...HHeee...Siap kau! Aku cekik kau!!Jaga kau!! Heee...Hee!!" Muka Zahrah berubah menjadi ngeri. Dia mengilai-ngilai macam pontianak sambil mengacah-ngacah nak cekik aku!

"Tidak! Jangan! Jangan! Tidakkk!" Jeritku. Aku cuba larikan diri. Namun, dia makin dekat. Hilaian nya makin dekat.

"Tidakkkkk! Jangannnn!!!" Jeritku buat kesekian kalinya....

"Hoi! Apa ni? Bangun! Bangun! Subuh!" Fahrul mengejutkan aku. Aku beristighfar panjang dan mengucap kalimah syahadah. Berpeluh-peluh seperti orang baru balik jogging. Aku mengesat mata. Agaknya aku menjerit-jerit dalam tidur tak? Aduss..malunyaa. Mesti orang dah dengar!

Si Khairel duduk bersila depan katil aku dok tersengih-sengih!
"Amacam?Mimpi best ke?!Hehe.." Ujar Khairel.

"Pergi mandi!!!!" Jerkahku.

Aku menunaikan Solat Subuh dan usai solat aku membaca Al-Quran dan mengharapkan Allah menghindariku dari gangguan syaitan yang dilaknat. Ya Allah! Jauhkan aku dari maksiat dan godaan syaitan yang direjam!
Dalam banyak-banyak mimpi, kenapa aku mimpi Zahrah? Jadi pontianak pulak tu? Tapi, kenapa Zahrah?

Thursday, January 3, 2008

Bahagian tiga.

Awan nan berarak tanda hari nak hujan.Tiupan angin semakin berat.Langit kelam berbalam-balam.Pokok-pokok terliuk-liuk kerna tiupan sang angin yang kuat lalu menggugurkan dedaunan sedang burung-burung bergegas pulang ke sarang.

Kelas Ustazah Maznah berlalu dengan satu pon tak masuk dalam kepala ni. Bukannya subjek Pendidikan Syariah Islamiah ni bosan.Tapi fikiran aku ni je yang asyik melayang entah ke mana.Fikiranku masih lagi menerawang dan hanya tersedar bila loceng rehat berbunyi.Budak-budak kelas aku berpusu-pusu keluar kelas sebab agaknya memasing lapar.Hari pon sejuk semacam.Perut pon mulalah minta diisi.

Aku memang suka bersendiri.Ke surau,ke kantin,ke bilik Cikgu Jaidin,ke tandas,ke mana saja.Bukan aku takde kawan-kawan.Aku cuma suka menyendiri.

Aku melangkah longlai ke kantin dan terus membeli roti goreng,air sirap yang semuanya berjumlah RM2.Lantas aku ke balai bacaan untuk makan,duduk,fikir sendirian..kesian aku..huhuh..

Sedang aku makan,aku nampak Husna melintas depan balai bacaan.Lepas tu dia buat satu lencongan ke arah aku.

Aduss..

"Amir,ha..cammane?Pegi tak camping nanti?" Soalnya.

"Pegi la kot" Ujarku ringkas sambil menjamah makananku.

"Hehehe..suka la buah hati ko tu nanti!" Ujarnya selamba.

"Apesal ko kate si Zahrah tu buah hati aku?Cakap dengan dia pon jarang tau!" Aku sedikit marah.Bukan apa.Saje je..hihih..

"Eh?Ade aku kata Zahrah ke?Ko ni ntah ntah angau kat dia nii!"

Aduss..
Malu~!

"Eh..alaa..aku tau mesti ko nak cakap pasal dia punye!" Aku cuba mengcover kemaluan..eh..malu yang melanda.

"Eleh..Jangan risau,rahsia ko selamat dengan aku!ok la..aku nak gi tugas dulu sebelum buah hati ko memekak.Petang ni ada meeting pukul 2.45.Jangan tak datang lak!" Ujar Husna dan berlalu.

Rahsia?
Rahsia la sangat!
Selamat?
Dengan Husna?
Mungkin tidak..

Aku menghabiskan saki-baki makanan aku dan terus ke kelas.Kelas Ustaz Othman pulak.Nak bagi tips jawab paper Bahasa Arab Tinggi katenye hari ni.

Hm.

Dan hujan pon turun dengan lebatnya...

************************************************************************************

Aku tak pernah masuk dalam bilik pengawas.Nilah kali pertama.Aku mengambil tempat kat belakang skali.Maklumlaa..aku bukan pengawas.Dahla selalu wat masalah disiplin.hihih.Ironik sungguh!Bilik pengawas ni dipenuhi dengan penguatkuasa undang-undang skolah.Konon la!

Nun kat depan ada meja panjang.Aku rasa ni diorang punye AJK tertinggi la kut.Antara diorang semua,kat tengah-tengah tu aku kenal.Ketua Pengawas,Mohd Azim.Hm.Boleh la..hensem,baik,pandai..hm.Tak macam aku ni.Hm.

Sebelah kanan dia timbalan dia.Hm.Zahrah.Macam biasa.Muka stern habiss!Yang lain-lain tu ader la yang aku kenal.Hatta.Marina Salina.Syaiful Bakhtiar.Suriahani.Nadiah.

Azim mulakan ucaptama.Agenda mereka hari ni hanyalah berkenaan dengan perkhemahan pengawas yang akan diadakan jumaat ni kat Sungai Congkak.Pelbagai pertanyaan yang diajukan kat Azim.Yang aku dengar,bayaran untuk satu kepala RM30.Tidur dalam khemah.3 hari 2 malam.

Lepas tu Azim berkata,

"Untuk perkhemahan ni,kita ada orang yang akan kendalikan bahagian teknikal.Kita tak mahu jadi seperti perkhemahan lepas-lepas.Semuanya tak lancar.Maklumat tak dapat disampaikan dengan berkesan.Malu kita dengan penceramah-penceramah jemputan.."

Ntah apa lagi dia merepek.Aku biarkan.

"Jadi,kita jemput saudara Amir Hazrat untuk membantu bahagian teknikal.Seperti yang kita tahu,dia banyak membantu sekolah dalam bahagian siaraya.Saya rasa dia amat berpengalaman..Errr.Dia datang tak?Mana dia?" Azim melilau carik aku.Aku nuun disanaaa..dibelakang.

Aku mengangkat tangan.Semua mata tertumpu kat aku.Aku tersengih-sengih macam kerang busuk.

Azim memanjangkan kepalanya.

"Haa..datang pon ko..tu nama dia Amir.." Kata Azim sambil tersenyum.

Aku tersengih-sengih lagi.

"Dia bukan dalam AJK..jadi dia tak akan dilayan seperti AJK.Dia hanya membantu.." Zahrah tiba-tiba bersuara.Dan tiba-tiba juga suasana hening sekejap.

Ok.Aku dah faham.Hm.
Kenapalah aku setuju nak ikut..
Hm.

Meeting tu diteruskan dengan agenda-agenda lainnya.Aku malas nak tunggu.Aku dah dapat maklumat-maklumat yang sepatutnya.Dengan senyap-senyap aku menyelinap keluar,capai beg aku dan menuju balik asrama.

Menyampah pulak aku kat si Zahrah tu.

Aku merebahkan badan ke katil sebaik je sampai dalam dorm. Dorm sunyi sepi. Semua keluar agaknya. Tak pon kelas tambahan. Budak-budak PMR makin sibuk skang. PMR dah dekat. Aku dah solat sebelum meeting. So tido la keje aku!

Aku hanya bangun bila azan Asar berkumandang. Suara bilal macam aku kenal. Syed Al-Hakim. Aku bingkas bangun dan menuju ke surau. Wudhu' yang aku amik betul-betul menenangkan.Betullah kata Ustaz Nordin, wudhu' yang sempurna mampu menenangkan jiwa apatah lagi solat yang sempurna. Masa solat itu saja kita betul-betul hampir dengan Allah. Kita rasa Zat dan KebesaranNYA. Tapi masa-masa lain, Allah itu hampir sehampir kuku dan isinya. Jadi, bila masanya tuhan itu tak hampir dengan manusia?Masa bila?Kalau kita tahu ini semua,maksiat,dosa akan berleluasa kah?
Hm.

Al-Faizal yang mengimami solat hari ni.

Hm.

bersambung...

Tuesday, January 1, 2008

Bahagian dua.(sambungan dan akhir bahagian dua)

"Awak ni mamai tak?Mana ada saya ajak kamu!" Tegas Ustaz Nordin.

Muka Azizul Masauddin dah pucat lesi. Apa sebenarnya yang berlaku malam semalam kat dia, aku masih tak pasti lagi.

"Haa, tanya Daus Juma'ah!Dia nampak saya masa saya keluar dorm nak ikut ustaz. Saya terserempak dengan dia!Kan Daus kan?!" Ujar Azizul bersungguh-sungguh.

"Betul ke Daus?Ko nampak Ustaz Nordin dengan Azizul malam semalam kat atas?" Tanya Helmi.

"Err..betul bangg..memang betul saya nampak Abang Azizul..tapii.." Daus Juma'ah terhenti disitu. Dia kelihatan takut-takut.

"Tapi apa?!" Bentak Aizul Masauddin. Berpeluh-peluh. Tak senang duduk.

"Tapi...bukan dengan Ustaz Nordin!" Jawab Daus Juma'ah.

Aku tersentak.
Semua tersentak.
Ustaz Nordin sekali.


Azizul Masauddin bertambah-tambah pucat. Dia tak terkata apa-apa. Tergamam. Manik-manik peluh memercik kat muka.

"Apa yang kamu nampak?!" Soal Ustaz Nordin.

"Err..benda..benda...yang tak sepatutnya ada kat sini.." Jawab Daus Juma'ah tergagap-gagap.

"Cakap je lah!Apa yang ko nampak?!" Kali ni Helmi tak dapat menahan.

"Saya...saya...nampak han..hantuu!" Ujar Daus Juma'ah kembali.

Ish?!
Ustaz Nordin tenang.

Tapi yang lain bagai tak percaya apa yang terhambur dari mulut Daus Juma'ah.

"Macammana rupanya?" Soal Ustaz Nordin yang masih tenang.

"Muka..mukanya separuh manusia, separuh hodoh..pakai baju macam ustaz!" Jawab Daus Juma'ah.

Azizul Masauddin terketar-ketar mendengar jawapan Daus Juma'ah.

"Ni takde lain la ni!Ni mesti belaan abang ko tu!" Bentak Zamri.

"Tenang, tenang..hm..baiklah, nampaknya kita takde pilihan lain. Daus, kamu tunggu kat sini. Marizan, Arman, kamu berdua naik kat dorm-dorm..kejutkan semua suruh turun berkumpul kat dewan makan sekarang.Nurshahdan, kamu jaga Azizul Masauddin dengan Daus ni..dan yang lain..hm..nanti ikut saya.." Arah Ustaz Nordin tiba-tiba.

"Nak pegi mana ustaz?" Soalku.

"Kita selesaikan malam ini jugak!" Tegas Ustaz Nordin.

"Saya nak balik rumah kejap. Kita berkumpul kat sini semula tepat jam 12..faham!" Tegasnya lagi.

Semua mengangguk.

Marizan dan Arman dah naik atas dorm nak kejutkan pelajar. Kedengaran riuh-rendah suara mereka mengejutkan pelajar-pelajar. Azizul masih lagi menggeletar, sambil Al-Faizal menyuruhnya berzikir dan membaca surah Yasin. Agak kelam-kabut malam ni.

Dewan Makan hampir penuh. Khusairi dan Syed Al-Hakim membantu menyusun pelajar. Semua dikehendaki duduk atas lantai. Semua pelajar kelihatannya konfius dengan apa yang sedang berlaku. Suasana dalam Dewan Makan makin riuh. Al-Faizal mula membaca Asma Ul Husna dan diikuti oleh semua pelajar. Selesai membaca Asma Ul Husna, dibacanya pula zikir munajat, lepas tu zikir Tafrijiyah dan zikir-zikir lainnya. Berulang-ulang.

Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam.
Ustaz Nordin masuk dalam Dewan Makan dan memberi tazkirah ringkas kepada semua pelajar.

Dia mengingatkan supaya apa-apa yang didengari, nampak, rasa, bau dan sebagainya adalah mainan syaitan semata. Dia juga mengingatkan supaya semua pelajar tak lekang dari berzikir kepada Allah.

Kemudiannya Ustaz Nordin berpaling kepada senior-senior seraya berkata,

"Siapa-siapa yang rasa boleh hadapi jin-jin tu, yang ada kekuatan, yang ada keberanian bolehlah ikut saya..InsyaAllah..Allah Ta'ala bersama kita.."


Semua tunduk. Masing-masing bermuhasabah diri. Samaada boleh atau tidak.

aku?
hm.

"Saya ustaz!" Zamri orang pertama menawarkan diri.

Diikuti oleh Al-Faizal dan Khusairi. Yang lain hanya ingin berada dalam dewan makan bersama pelajar lain.

"Awak Amir?Tak ikut sama?Marilah..tak elok rasanya kita pegi bergenap.." Ujar Ustaz Nordin padaku.

Aku sekadar mengangguk walau dalam hati ni tuhan saja yang tahu betapa penakutnya aku!

"Daus, awak duduk dengan Fendi..yang lain, kawal keadaan kat sini..tutup pintu dewan ni..kalau ada apa-apa, laungkan azan sekuat hati!" Kata Ustaz Nordin sambil keluar. Kami semua mengikutinya.

Pokok saga ni memang menyeramkan. Bulu romaku meremang tatkala sampai betul-betul kat depan pokok tu.Hm. Aku pasti yang lain juga merasakannya.

"Kita buat empat penjuru. Masing-masing amik satu penjuru.." Ucap Ustaz Nordin.

Aku,Zamri,Khusairi dan Al-Faizal buat 4 penjuru mengelilingi pokok tu sedangkan Ustaz Nordin mendongak ke atas. Lantas dia memegang batang pokok tu sambil mengucap dua kalimah syahadah. Dia kemudiannya menyuruh kami membaca 4 'kul' diselangi dengan selawat dan diikuti ayatul kursi sebanyak 11 kali.

Kemudian dahan-dahan pokok berpenunggu tu bergoncang.Kuat.Seolah ada ribut.Padahal angin pun takda. Tiba-tiba satu dahan basar jatuh betul-betul tepi Ustaz Nordin. Dia tersentak. Begitu juga kami. Dia beristighfar beberapa kali. Kemudiannya dia membaca sesuatu sambil tangannya menahan batang pokok tu. Pokok tu bergoncangan lagi!

Tiba-tiba, Khusairi ditolak kuat.Terpelanting dia!
"Khusairi bangun!Jangan bukak penjuru ni!" Jerkah Ustaz Nordin.

Khusairi bangkit dalam kesakitan dan kembali ke posisinya. Ustaz Nordin masih lagi melakukan 'kerja-kerja'nya. Masuk kali ni dah dekat 3 round aku mengulang apa yang diajarkan Ustaz Nordin tadi. Dan kali ni Al-Faizal pula ditolak!Tapi dia bingkas bangun. Zamri cuba menahan sesuatu dengan lengannya. Seperti dia sedang melawan arus angin yang cukup kuat. Lantas dia juga terpelanting!

"Bangun!!Jangan berpecah!!Bertahann!!" jerkah Ustaz Nordin lagi.

Aku merasakan seolah ada orang berbisik-bisik ditelinga ni. Cakap-cakap yang aku tak berapa faham. Lepas tu aku keliru. Aku rasakan aku sudah keluar dari jasad. Terawang-awang. Rasa seronok!Bebas!Sehingga aku dapat mendakap pucuk teratas pokok tu. Aku dapat melihat langit pekat berbintang-bintang lebih jelas. Aku merenung ke bawah. Ada Ustaz Nordin, Zamri, Khusairi, Al-Faizal dan jasad aku sendiri. Aku cuba menjerit pada mereka. Tapi suara tersekat. Tiba-tiba aku panik!Aku dah mati?!Aku meronta-ronta!Aku menangis semahu-mahunya.

"Amirr..bangunn!!Bangunnn!!" Ujar Ustaz Nordin sambil menampar-nampar pipi aku. Aku tersedar.

"Jangan biarkan syaitan bermain-main dengan fikiran kita..fokus..!" Ujarnya lagi.

Huhh.Astaghfirullahh..

Aku memusatkan seluruh fikiran,emosi,fizikal pada Allah..Aku mengulangi apa yang diajar Ustaz Nordin. Yang pastinya malam ni makin panjang.

Pokok tu masih bergoncang kuat. Luruh ranting-ranting rapuhnya. Daunnya hampir tiada. Ustaz Nordin mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Botol kaca jernih dipegangnya erat. Kemudiannya aku menyaksikan satu kepulan asap masuk ke dalam botol tu!Ustaz Nordin menutupnya dengan gabus. Dibalutnya dengan sehelai kain.

Dahan-dahan pokok tu bergegar!Dan serentak itu ada satu bunyi.

"HEeeeeee!!!"

Bunyi seperti orang mengilai. Amat menyeramkan. Aku hampir berganjak dari tempatku sehinggalah Ustaz Nordin menyuruh aku kembali ke tempatku.

"Ada..ada..lagi ni..!" Ujar Ustaz Nordin tercungap-cungap.

Dahan-dahan makin banyak jatuh membuatkan Ustaz Nordin beralih. Kami terpaksa memutuskan penjuru-penjuru. Pokok tu seolah menghalau.

"Macam mana ni ustaz?" Tanya Zamri.

Ustaz Nordin hanya diam.
Kemudiaannya dia berkata.

"Yang dalam botol ni hanya sekor dari 8 ekor.." Balas Ustaz Nordin lagi.

Aku dapat menyaksikan ada sesuatu yang terbang mengelilingi pokok tu. Pokok tu makin kuat bergoncang.

"Macam mana ni ustaz?" Tanya Zamri lagi.

"Baik,kita buat kembali...Arghh!" Belum sempat Ustaz Nordin menghabiskan ayatnya, satu daripada benda yang mengelilingi pokok tu meluru ke arah Ustaz Nordin dan melanggarnya. Ustaz Nordin tercampak jauh ke belakang!
Kami semua pergi mendapatkannya. Mulutnya membuak-buak keluar darah!Ustaz Nordin nampaknya parah.

"Apa kita nak buat ni?" Soal Al-Faizal mulai panik. Kami semua panik.
"Ustaz..ustaz..ustaz.." Panggil Al-Faizal sambil memegang Ustaz Nordin.

Ustaz Nordin hanya mengaduh kesakitan.

Tiba-tiba ada orang memberi salam dalam samar-samar kepekatan malam.

"Assalamualaikum" Sapa orang tu.

Dari jauh orangnya tinggi. Berkopiah. Makin lama makin menghampiri kami. Bila dia lebih dekat, aku dapat melihat wajahnya. Tenang setenang air dikali. Mukanya bersih berseri. Mungkin kesan air wudhu'. Janggut dibawah dagunya kemas.

"Nordin, kau tak apa-apa?" Ujarnya.

"Nizammm..nizamm...benda-benda tu makin mengganas..kita..kita kena hapuskan jugak malam ni!" Ujar Ustaz Nordin tersekat-sekat. Ustaz Nizamuddin datang mendekati Ustaz Nordin. Dan dia menjawab.

"Insya Allah. Dengan nama Allah yang maha berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu itu.."

Dia berpaling ke arah pokok tu. Muka tenangnya tadi berubah menjadi seperti api yang menyala. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah pokok tu. Pokok tu masih lagi bergoncangan hebat. Aku hanya memerhati dari tempat Ustaz Nordin rebah. Satu-satu dahan yang yang jatuh sikit pun tak memberi kesan pada Ustaz Nizamuddin. Malah dahan yang akan jatuh atas kepalanya akan terbelah dua.

Dia mengeluarkan beberapa paku besar dari poketnya..
Dia meletakkan satu pada batang pokok tu seolah ingin menikam.
Lantas,

"Allahhuakbarrr!!" Laung Ustaz Nizamuddin sambil membenamkan paku itu dengan tapak tangannya.
Dia mengulangi sehingga paku-paku terbenam disekeliling batang pokok tu. Setelah tu, Seperti ada tenaga yang disedut ke dalam paku tu. Ada seperti kabus bergulung-gulung masuk ke dalam paku-paku tu. Bunyi-bunyi mengilai memekakkan telinga. Suara-suara erangan seperti kesakitan memecah hening malam tu.

Lepas tu, goncangan-goncangan tadi berhenti. Tiada lagi dahan-dahan yang jatuh. Tiada lagi suara-suara pelik dan menyeramkan. Ustaz Nizamuddin menadah tangannya ke langit dan berdoa dan bersyukur ke hadrat Allah. Setelah itu, dia mendapatkan kami semula.

"Mari, kita papah Ustaz Nordin masuk dalam asrama.." Ujarnya lembut.tenang kembali.

"Baik-baik Din.." Ujarnya lagi.

Kami semua menolong Ustaz Nordin dan menuju ke Dewan Makan.

Di Dewan Makan, Pelajar-pelajar masih lagi membaca zikir-zikir, selawat, Asmaul Husna. Mereka tak menyedari pun peristiwa tadi. Namun selepas mereka nampak Ustaz Nordin dipapah masuk, masing-masing tak keruan.

"Panggil Ketua Asrama ke mari.." Pinta Ustaz Nizamuddin. Aku memanggil Helmi.

"Kamu arahkan pelajar-pelajar ke surau, lepas tu kamu pimpin mereka buat tahajjud boleh?" Pintanya lagi.

Helmi terpinga-pinga namun dia memikul tanggungjawab tu. Semua pelajar menuju ke surau dengan dibantu senior-senior lain. Hanya aku, Zamri, Khusairi dan Al-Faizal je yang tinggal dalam Dewan Makan.

"Assalamualaikum, nama saya Nizamuddin Syafie" Ucapnya memperkenalkan diri sambil tersenyum.

"Waalaikumsalamwarahmatullah" Kami menjawab serentak.

"Yang ni siapa nama?" Ustaz Nizamuddin bertanya kepada Zamri yang membersihkan muka Ustaz Nordin yang dipenuhi darah.

"Mohd Zamri Yahya Ustaz" Jawab Zamri.

"Yang ni pulak?" Soalnya pada Al-Faizal.

"Al-Faizal Muhammad"

"Yang disebelah Al-Faizal?" Soalnya pada Khusairi.

"Mohd Khusairi Mohd Noh ustaz" Jawab Khusairi.

"Yang kat sebelah kanan saya ni siapa nama?" Soalnya pula pada aku yang dok termanggu memerhati Ustaz Nordin di rawat Zamri.

"Oh..nama saya Amir Hazrat Yusoff ustaz" Jawab aku.

"Semuanya rasanya dah maklum kan apa yang terjadi malam ni?Alhamdulillahh..rasanya tempat ni aman kembali" Ujar Ustaz Nizamuddin.

"Ustaz, kenapa ustaz tak buat macam ni dulu?" Soal Zamri tiba-tiba.

Kami semua bersetuju dengan soalan tu. Kenapa?Kenapa sekarang?

"Sebenarnya, silap saya juga..saya sebenarnya dah bincang dengan Fikri meminta membuang belaan-belaannya kat tempat selain dari sini, tapi nampaknya dia lebih bijak" Jawabnya.

"Fikri?" Soal aku.

"Fikri Juma'ah.Dia lah penyebab untuk semua ini" Jawabnya lagi.

"Tapi ustaz, apa maksud ustaz bila cakap ustaz biarkan untuk generasi akan datang faham keburukan ilmu hitam?" Soal Al-Faizal pula.

"Pokok tu jadi saksi betapa dashyatnya ilmu hitam ni. Saya ingat, pelajar-pelajar kat sini faham dengan cerita-cerita yang disampaikan oleh senior-senior dulu. Dan saya sangkakan jin-jin tu takkan buat kacau sebab saya ada pagar pokok tu" Jawabnya panjang lebar.

"Tapi kenapa perkara ni terjadi?Sepatutnya, jin-jin tu takkan dapat berbuat apa-apa" Kali ni Ustaz Nizamuddin pula menyoal.

"Ustaz. Fendi Abu Khair mencabut kulit-kulit pokok tu." Terang Khusairi.

"MasyaAllahh..." Ucap Ustaz Nizamuddin.

"Hm,tak apa lah.Semuanya dah selesai.Alhamdulillahh.." Ujarnya lagi.

Ustaz Nordin terlelap kepenatan. Pada dasarnya dia ok. Tapi esok dia harus ke hospital untuk memastikan tiada kecederaan dalaman. Menurut Ustaz Nizamuddin, Kalau kami semua tak tolong Ustaz Nordin malam tu, mungkin dia dah arwah. Ustaz Nizamuddin memberi segelas air yang ditawar dan meminta Ustaz Nordin meminumnya. Kemudian kami semua kecuali Zamri menuju ke surau untuk bertahajjud.

Malam itu titik tolak untuk satu pengalaman aku. Lepas ni adventur yang lebih mencabar menunggu. Aku semakin rapat dengan Ustaz Nizamuddin. Banyak yang aku pelajari darinya. Seharusnya malam hitam tu adalah malam untuk aku bermuhasabah diri, betapa kecilnya diri jika dibandingkan dengan kuasa Allah Ta'ala. Aku dapat rasakan bagaimana roh keluar tika jasad masih bernyawa. Bila-bila masa saja. Janganlah aku diambil roh dalam ketika maksiat. Nauzubillahh..
Tiada tuhan selain Mu,Tiada tuhan yang disembah selain Mu
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

Dan apa yang terjadi ini sebenarnya untuk mereka yang mahu berfikir...
Wallahua'alam bissawab..

bersambung....

Thursday, December 13, 2007

Bahagian dua.

Selesai aku menjawab paper matematik, aku bersedia untuk menjawab paper sejarah lepas waktu rehat.
Sabarrr..lagi 2 hari je lagii..lepas tu abesss...

Aku berjalan menuju ke kantin. Suasana kantin mulai riuh. Pelajar-pelajar makin bertambah.

"Amirr...kejapp!!" Laung satu suara. Entah siapa.

Langkah ku terhenti. Aku menoleh. Dari jauh kelihatan Husna sedang berlari-lari anak.

"Weih..aku nak tanya ko sket ni..huuhh..adehh!" Ujarnya termengah-mengah sambil menekan-nekan perutnya.

"Sabarr..tarik nafas duluuu.." Balasku tersenyum.

Husna, Setiausaha Lembaga Pengawas Sekolah. Berkaca mata. Manis orangnya. Bertudung sopan. Ada hati kat Helmi..Hihihihih..

"Otak ko..ni, aku nak tanye ko sket, minggu depan, ko tolong bahagian teknikal untuk Perkhemahan Pengawas eh?" Ujar Husna.

"Ha?Teknikal?Perkhemahan Pengawas?Apakah?" Aku saja bergurau. Hihih...

"Ha'ah, kitaorang ada perkhemahan. Boleh ko tolong?" Dia sikit pun tak tau aku sedang bergurau.

Hm.

"Haa..tulah pengawas!!Bila pasal teknikal, akuuu jugakk..alih-alih akuuu jugakk!!Bila aku datang lewat ke, ponteng kelas ke, bukan nak cover aku!Asyik-asyik yang masuk bilik cikgu Jaidin sapa?!Akuuuu jugak!Alih-alih akuuuu jugak!" Ujarku geram.

Memang pon. Hm.

"Tu tugas lah!Tak boleh buat ape...Orang suruh jadi pengawas tak nak!" Ujar Husna.

"Ahh!Buat apa?Bukan dapat gaji!" Terangku.

"Alaa..boleh la mirr!!" Ujarnya lembut. Manja.

Kadang-kadang termakan jugak aku. Ni lah orang pompuan. Takde keje lain.

"Pleaseeee!Ko takyah bayar pape, makan minum ditanggung..Pleaseee!!" Ujarnya lagi sambil buat muka konon-konon kiut. Memang kiut pon.

Aku memandangnya. Rasa nak tempeleng pon ada. Nasib baik pompuan. Kiut plak tuh.

Tiba-tiba Khairel dengan gengnya lalu.

"Wahai orang-orang yang berimannnn...janganlah kamu hampiri zinaaa!!!" Ujar Khairel sambil lalu kat blakang aku dengan Husna.

"Sibukkk lahhhh!!!Pegi jelah kantin tuu!!!: Jerkah Husna.

Mak aihh..Muka kiut tadi dah tukar jadik resakse.

Khairel dengan selamba je lalu. Dari jauh dengar die laung..

"Garangnyee!!"

Husna dah tarik muka. Mencebik. Muncungg je. Aku dah la tak reti nak pujuk-memujuk ni.

"Weih, dah ar tu..muncung tu bleh sangkut kunci loker aku ni tau tak?!" Aku cuba memujuk.

Memang dalam sekolah aku, kalau bab cakap-cakap same-same laki dan pompuan ni bleh jadi satu isu. Lagi-lagi lepas tu kena tegur macam Si Khairel buat. Budak laki ok je. Dak Pompuan je emo semacam..Rasa bersalah lah tu..maklumlaa..insan solehah la katekann..hihihi.
Si Husna ni sah-sah merajuk.

"Alaa..dengan budak-budak pon nak amik ati..camne nak jadik isteri solehah Helmi ni?" Aku cuba bergurau.

Ada senyuman sedikit.

"Apa Helmi, Helmi?!Aku takde pape dengan dia larr!" Ujarnya sambil tersenyum.

"Eleh, takde pape konon, tapi balik-balik pos surat gak..hihi!!" Balasku.

"Diamm arr!!!Ko nak tolong ke taknakk?!!" Jerit Husna. Kali ni kiut.

"Yelah..aku tolong laa..bile?Kat mana?Bape hari?" Balasku.

"Minggu depan, Jumaat sampai Ahad, kat Sungai Congkak" Ujar Husna.

"Hm..ok.nanti pape hal aku bagitau.." Aku memikirkan sesuatu sebenarnya.

"Yelah..ok, aku nak bertugas ni, kang marah plak buah hati ko tu!" Ujar Husna sambil bergerak menjauhi aku..

"Sapa?!" Soalku.

"Zahrah!" Laungnya dari jauh.

Aku terkebil-kebil.
Uiihh.
Langit dan Bumi bezanya aku ngan si Zahrah tuh.
Garang nak mampos!
Ntah sapa tah bakal suami dia?Hahaha!!
Pandai-pandai je minah tu.

Selesai makan, aku masuk ke kelas dan bersiap sedia nak jawab paper Sejarah. Paper ni kira boleh laa konfident aku score!Maklumlaa..anak murid kesayangan Cikgu Sabariah. Hihi.

Baru je nak menjawab, pintu kelas di ketuk,

"Assalamualaikum cikgu!" Entah siapa. Tak nampak pulak muka.

"Waalaikumsalam, Haa Zahrah, ada apa?" Jawab Cikgu Sabariah.

Zahrah?Huhu..tah pape tah minah ni. Tak jawab exam ke?

"Nak mintak kertas jawapan lebih, lagi tiga helai" Ujar Zahrah.

"Oh, nah amik ni" Cikgu Sabariah menghulurkan helaian kertas-kertas itu.

"Terima kasih cikgu" Ujarnya sambil keluar. Dengan tak semena-mena, dia menjeling tajam kat aku~!

Huh.
Aku pulak pegi tenung dia entah kenapa.
Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain.

Zahrah merupakan Timbalan Ketua Pengawas. Memang garang. Kat asrama puteri dia adalah Ketua Aspuri atau Asrama Puteri. Junior-junior memang takut ah dengan dia.

Ahh.
Biarkan.
Aku menjawab soalan Sejarah yang lebih penting dari dia!
Ehh.
Kacangnye soalannn..
Bleh scoree niihh!

******************************************************************************

Loceng tamat sekolah berbunyi jam 2.30 ptg.

Sedang aku berjalan nak balik asrama, aku disapa. Hari ni famous plak aku eh?!

"Assalamualaikum" Ujar Zahrah.

"Waalaikumsalamwarahmatullah" Jawabku sedikit terkedu.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Ujar Zahrah lagi sambil menunduk. Sopan la plak. Menjaga mata la katekan. Aurattt...!!

"Boleh, tanya apa?" Balasku.

"Awak ni nanti pergi perkhemahan pengawas minggu depan kan?Sebagai Biro Teknikal?" Soalnya.

"Err..tapi saya tak bagi jawapan lagi..Husna dah cakap dah tadi" Terangku.

"Saya harap awak bolehlah tolong kami. Kami takde pengalaman dalam soal teknikal-teknikal ni." Ujar Zahrah dan masih lagi menundukkan mukanya.

Sesekali dia merenung ke sekeliling. Dia memang elakkan dari bertentang mata dengan aku. Hishh..auratt!!!

Khairel berselisih lagi dengan aku. Tapi kali ni dia diamm je. Buat tak tau je aku dengan si Zahrah dok bersembang.
Tau takutt!!
haha.

"InsyaAllah..saya akan cuba tolong sedaya upaya saya. Tapi janganlah harapkan saya ni sangat eh? Saya ni bukannya pandai sangat. Sikit-sikit tu boleh lah" Aku berbasa-basi.

"Terima kasih. Assalamualaikum" Ucap Zahrah dan terus berlalu. Tak sempat aku nak menjawab salam tu depannya.
Tak ada sedikit pon expression kat wajah dia. serius je.
Misteri sungguh.
Hm.

Sampai asrama, aku buat apa yang patut, mandi, solat, tido, prep, tido lagi, Solat Maghrib, dengar kuliah Ustaz Nordin, Solat Isya' dan sepatutnya aku turun prep. Tetapi oleh kerana, malam ini, Ustaz Nordin nak jumpa pasal peristiwa semalam. Aku turun ke dewan makan.

Aku tolong Helmi menyusun meja dan kerusi untuk perbincangan malam ni.
Al-Faizal membawa satu teko air teh panas dengan beberapa biji cawan.
Lepas tu, satu-satu senior-senior lain datang.
Ustaz Nordin datang dengan Daus Juma'ah.

Lepas semua ambil tempat duduk masing-masing, Ustaz Nordin bermula dengan mukaddimah dan selawat ke aras junjungan Nabi Muhammad S.A.W.(baca penuh!)

Dan Ustaz Nordin mulakan bicara,

"Bismillahirahmanirrahimm..Terima kasih sebab datang. Malam ni saya nak bagi sedikit penerangan kat kamu semua, memandangkan kamu semua senior, jadi kamu berhak tahu apa yang berlaku kat asrama kita sejak kebelakangan ni dan sa-hingalah peristiwa semalam" Ujar Ustaz Nordin.

Aku memang minat bile die cakap 'sa-hinggalah'. Macam orang dulu-dulu. Klasik!

"Dalam Al-Quran, Allah ada menyebut, Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia itu supaya mereka tunduk dan patuh kepada Aku.." Terangnya.

Semua menunggu apa sebenarnya muslihat Ustaz Nordin malam ni.

"Asrama kita sebelum terbinanya ia disini, sebenarnya kawasan tumbuhnya pokok saga. Bukan saja kawasan asrama ni, malah seluruh kawasan sekolah. Kalau kamu semua nampak kat depan bengkel tu ada satu saja pokok saga kan? Sebenarnya cerita semua ni bermula dari pokok yang satu tu lah" Terangnya lagi.

Kami semua dah semakin excited nak tahu.

"Kira-kira 50 tahun dahulu, semua kawasan daerah ni ditumbuhi kelapa sawit dan kat kawasan sini pokok-pokok saga tumbuh meliar. Semasa sekolah ini dan asrama ini dibina, ada satu pokok saga yang tak dapat ditebang"

Fikiran aku melayang kat pokok saga tua yang ada depan bengkel kemahiran hidup. Memang misteri pokok tu.

"Masa saya mula-mula mengajar kat sekolah ni, ada seorang sahabat baik saya, nama dia Ustaz Nizamuddin Al-Hafiz. Dia cikgu senior sebab dia lah orang yang pertama dipindahkan selepas sekolah ini beroperasi. Saya hanya ditempatkan disekolah ni selepas 2 tahun beroperasi"

Cerita dah semakin menarik.

"Ustaz Nizamuddin waktu itu, baru balik dari Al-Azhar. Dan dia memang seorang Al-Hafiz. Selepas tamat pengajian Al-Hafiznya, dia dihantar ke Al-Azhar. Tinggi ilmunya..namun orangnya merendah diri...baik pekertinya, halus tulus budinya"

Aku terkesima dengan cerita Ustaz Nordin. Aku teringin sangat hendak berjumpa dengan Ustaz Nizamuddin!

"Saya ditugaskan menjadi penolong warden asrama bersama-sama Ustaz Nizamuddin yang menjadi ketua saya. Batch yang pertama masuk ke asrama ni, iaitu senior-senior sebelum senior awak lagi , ialah mereka yang diambil dari kawasan sekitar sini saja"

Ustaz Nordin termenung jauh kejap. Seolah-olah mengingat sesuatu.

"Pelajar Aspuri tak ada lagi masa tu. Batch tu dalam 60 orang"

"Sikitnye ustaz?Kat sekolah ada form berapa je?" Soal Hafiz Dalhal tiba-tiba.

"Kat sekolah memang la ada pelajarnya. Semua duduk luar la. Tapi yang masuk asrama ni yang terpilih. Masa tu kat sekolah ada hanya sampai form 2" Jawab Ustaz Nordin.

"Batch 60 orang yang masuk dibahagikan dalam 5 dorm seperti kamu sekarang. Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, At-Tarmizi dan Al-Ghazali. Nama-nama dorm ni pon Ustaz Nizamuddin yang beri"

"Lagi ustaz. Sambung" Ujar Marizan tak sabar.

Ustaz Nordin tersenyum.
Dia menuang air dalam gelasnya dan menghirup sedikit.
Dan seraya dia menyambung,

"Dalam 60 orang ni, ada seorang pelajar yang mengamalkan ilmu hitam. Waktu tu dia form 2. Dia warisi ilmu ni dari atuknya. Kamu semua pernah tengok kan ilmu hitam ni? Seperti boleh bertukar wajah, buat guna-guna, bela syaitan dan sebagainya. Semua ini ternyata khurafat, syirik!Taubat nasuha saja yang boleh mencucinya!" Tegas Ustaz Nordin.

Kami semua mengangguk.

"Pelajar ni sebenarnya ada membela jin. Jin itu ditugaskan untuk dia melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Seperti mencuri, pukau dan ada sa-hingga kes berat seperti rogol. Awak bayangkan, pelajar seawal usia itu, sudah pandai melakukan itu semua. Dia sebenarnya memerlukan anak dara untuk menguatkan ilmunya lagi. Ini semua berlaku sebelum sekolah kita diwartakan sebagai Sekolah Menengah Agama ye. Awak semua jangan salah faham"

Ustaz menerangkan. Kami melongo. Dia sebut lagi 'sa-hingga'.

"Perbuatan dia ni tak bertahan lama, Ustaz Nizamuddin lah yang pertama dapat menghidu kegiatannya. Bila dia dah tahu Ustaz Nizamuddin mula nak ambil tindakan, dia menyuruh jin-jinnya, syaitan-syaitannya mendiami pokok saga kat depan tu!"

"Sebab apa ustaz?" Aku bertanya.

"Sebab Ustaz Nizamuddin dah buat 'pagar' disekeliling kawasan asrama ni. Bermula dari pintu masuk sa-hinggalah pintu belakang nak ke surau tu" Jawab Ustaz Nordin.

Dia menghirup airnya. Dia sebut lagi 'sa-hingga'. Hihih.

"Kalau jin-jin dan syaitan-syaitan tu masuk dalam salah satu 'pagar' yang Ustaz Nizamuddin buat, mereka semua tak akan dapat pergi mana-mana. Terkurung. Sebab tu lah dia suruh semua jin-jin dan syaitan-syaitannya mendiami pokok saga tu"

"Saya sendiri yang ikut masa Ustaz Nizamuddin buat 'pagar' tu. Dia genggam garam kasar dalam tangannya, dan baca surah-surah Al-Quran yang saya sendiri tak pasti surah apa. Yang saya dengar Surah An-nas ada, Surah Yasin sepotong ayat, Surah Al-Baqarah sepotong ayat dan ada lagi ayat-ayat lain. Lama juga waktu dia genggam garam tu..Setelah tu, dia campakkan garam tu ke lantai untuk mulakan 'pagar'. Masa garam tu dilontar ke lantai, meletup!Macam silap mata tu!Berasap-asap!"

Kami semua terpana seketika. Cerita yang dah berlaku dulu akhirnya terbongkar.

"Dan bila 'pagar' tu siap, budak tu melarikan diri dan tak balik-balik lagi. Tinggallah belaan-belaan dia mendiami pokok saga depan tu sampai sekarang"

"Kenapa Ustaz Nizamuddin tak setelkan pokok tu?" Soal Zamri pula.

"Saya pon bertanyakan soalan yang sama dekat dia, dan dia hanya menjawab, Semua yang berlaku ini, adalah untuk mereka yang mahu berfikir. Sebab dia nak generasi lain tahu apa akibatnya bermain dengan ilmu hitam ni. Lalu dia tak usik pokok tu. Namun selepas tu, tak ada pulak perkara-perkara seperti yang berlaku semalam" Jawab Ustaz Nordin.

"Tapi apa kaitannya dengan peristiwa semalam ustaz?" Soal aku lagi.

"Itu kita kena tanya sendiri dengan Daus Juma'ah..Daus, awak ada apa-apa yang nak dicakapkan?" soal Ustaz Nordin kat Daus Juma'ah.

Semua tumpuan kini kat Daus Juma'ah.

Daus tunduk dan mulakan cerita.

"Sebenarnya...ustaz, hmm...Saya tak..tak..tau nak mulakan cerita" Ujar Daus Juma'ah tersekat-sekat.

"Sebenarnya budak dalam cerita saya tadi tu ada kaitan dengan awak kan?!" Ujar Ustaz Nordin dengan suara yang sedikit meninggi.

Ha?!
Aku dah blurr..
Pulak dahh..
Never ending story plak kee?
Jadi?
Kaitan dengan Fendi Abu Khair ialahhh..?

Masing-masing tercengang. Zamri dah mula geram. Mengepal-ngepal penumbuknya.

"Dia...dia...abang saya!!" Ujar Daus Juma'ah.

Zamri bangun dan mendebik Daus Juma'ah. Suasana gamat sekejap. Ustaz Nordin meredakan keadaan.

"Aku nak tanya ko satu soalan. Baik ko jawab betul-betul sebelum aku bagi penampar..Malam tu, ko datang dorm Al-Khawarizmi carik Fendi Abu Khair kenapa?!" Soalku geram.

"Saya...saya nak beritahu Fendi, jin-jin tu nak rasuk dia, sebab dia pegi toreh pokok tu hari tu.." Jawab Daus Juma'ah.

"Dah macam mana pulak ko boleh tahu ada jin nak merasuk Fendi?Ko bela eh?Abang ko kasi pinjam eh?" Kali ni Fahrul Razi yang terkenal dengan pendiamnya mula bersuara.

Nurshahdan dah mengekek ketawa. Fahrul ni kadang-kadang datang angin dia memang sakit ar sape yang kena.

"Saya..saya tak tau macam mana saya boleh tauu..Saya cuma boleh katakan, jin-jin tu nak merasuk Fendi.." Ujar Daus Juma'ah sedikit terketar.

"Rasanya dia boleh rasa sebab pertalian darah.." Terang Ustaz Nordin.

"Tapi, kenapa ko plak yang kena?Takkan belaan abang ko tu tak kenal ko?Muka ko dengan abang ko lebih kurang kan?" Hafiz Dalhal pula menyampuk.

"Bukan macam tu Hafiz, Daus ni tak amalkan ilmu yang macam mana abang dia ada. Jadi mudahlah belaan abang dia merasuk dia" Terang Ustaz Nordin lagi.

Tiba-tiba suasana senyap. Masing-masing diam tak tahu nak cakap apa lagi.

"Jin tu kata dia dari Songkhla..abang ko amik kat situ ke?" Soal Al-Faizal.

"Abang saya menuntut ilmu tu kat sana...bangg.." Jawab Daus Juma'ah.

Diam lagi. Seolah ketandusan idea.

"Ustaz, siapa orang lelaki yang berpakaian silat malam yang ustaz ajak saya ikut tu?" Soal Azizul Masauddin.

"Ha?Bila masa pulak saya ajak kamu?Siapa pulak yang bersilat?" Jawab Ustaz Nordin kehairanan.

Azizul Masauddin dah pucat.


Bersambung......

Sunday, December 9, 2007

Bahagian satu (akhir).

"Lepasskan akuuu!!!Lepaskan akuuuu!!!!" Suara Daus Juma'ah memekik kat dalam tandas.

Aku, dan yang lain tersentak.

"Pergiiii!!!Jangan kacau akuuuu!!!!" Daus Juma'ah meracau-racau. Suaranya berubah garau.


Kedengaran suara Al-Faizal menengking.


"Keluar kau dari badan anak adam nii!!!Keluar sebelum aku hapuskan kau!!"


Kami semua yang menunggu di luar tak dapat nak menduga apa yang berlaku kat dalam tandas. Suara Al-Faizal makin meninggi. Dari luar kedengaran seperti ada pergaduhan.


Bulu roma aku dah naik.


"Ni dah berat nih!" Ujar Khusairi tiba-tiba.


"Hafiz, Syed, korang pergi bukak pintu surau" Ujarnya lagi.


Hafiz dan Syed mengangguk. Mereka faham bagaimana situasi ini akan berlarutan sepanjang malam.


"Wei, aku nak pergi cek budak-budak lain ok?" Marizan bersuara.


"Aku ikut ko!" Ujar Arman Shah.


Mereka akan memastikan semua pelajar masuk ke dalam dorm. Walaupun Faiz Zubair dan Fendi Abu Khair dah melaksanakan tugas tu, mereka harus memastikannya.


"Napa kita tak masuk je?Tolong diorang.." Nurshahdan mencelah.


Senyap.


"Kita tunggu Helmi" Aku bersuara. Sambil bersiap sedia menunggu Helmi. Mereka didalam tu masih boleh tangani Daus Juma'ah yang berbadan gempal.


Suara Al-Faizal kedengaran lagi.


"Keluarr!!!!Aku kata keluarrr!!!!"


"ArgggHHhh!!!!!Tidakkkkk!!!" Daus Juma'ah menjerit.


PRanGGg!!

Pintu masuk tandas pecah!


"Wei!!Tolong kitaorang!!Masukk!!" Laung Helmi.


Kami yang ada diluar cepat-cepat masuk.


Al-Faizal dah tersandar kat tepi dinding. Helmi dengan Zamri masih memegang tangan Daus Juma'ah. Ternyata Daus Juma'ah tidak dapat dikawal.


"Dia tendang Al!" Terang Zamri.


"Pegang dia!" Jerit Helmi.


Hasanudin, Nurshahdan memegang kaki Daus Juma'ah.


Terhoyong-hayang mereka dek kuatnya Daus Juma'ah ketika dia meronta-ronta.


Azizul Masauddin menempelaknya.


"Hoi!Kau ingat ko kuat?!"


"Hahahahahahaha!!!!!!" Daus Juma'ah ketawa. Tapi bukan menggunakan suaranya. Suara ini garau.


Dia meronta-ronta lagi. Lantas mereka yang memegangnya tercampak!


Daus Juma'ah melompat!


Dan bertinggung atas sinki.


Sambil merenung tajam. Rupanya berubah. Matanya merah menyala. Giginya menyeringai. Seolah bersedia untuk menerkam siapa saja yang datang dekat.


Aku mendapatkan Al-Faizal yang dalam kesakitan.


"Al, kau tak pape?" Tanyaku.


"Tak..takde pape..kita..kita mesti bawak dia ke surau.." Ujar Al-Faizal menahan sakit.


Aku berfikir sejenak. Bagaimana nak bawak makhluk ni ke surau dalam keadaan yang macam ni. Ustaz Nordin adalah ikhtiar yang terakhir.


"Zamri, kau ingat langkah pecah tujuh?" Tanyaku kat Zamri.


"Ingat" Jawabnya.


"Kau Khusairi?" Tanyaku pada Khusairi pula.


"Ingat. Kenapa?" Jawab Khusairi.


"Kita tangkap dia guna langkah pecah tujuh" Ujarku.


Zamri, Khusairi bingung.


"Boleh ke?" Tanya Zamri.


"Kita cuba. Kita kena bawak dia pegi surau" Terangku.


Daus Juma'ah masih bertinggung atas sinki. Matanya merah. Sesekali mengilai-ngilai menyakitkan telinga.


"Apa kau nak buat hah?!!Kau ingat aku takut?!!!Hahahahaha!!!" Daus Juma'ah mengacah-acah tangannya bila nampak Zamri dan Khusairi mula membuka langkah silatnya.


Aku bantu Al-Faizal dan Helmi bangun.


"Dan, ko bawak Al-Faizal, Helmi dengan Hasanudin ni ke surau..." Pintaku pada Nurshahdan. Dia menolong memapah Al-Faizal dan Hasanudin.


"Aku tolong ko Dan!" Ujar Fahrul Razi. Dan memapah pula Helmi.


"Zamri, Khusairi dan sedia?" Tanyaku pada Zamri dan Khusairi yang bersedia membuka langkah.


Aku, Zamri dan Khusairi tahu bersilat. Kami seguru kat dalam persatuan silat kat sekolah.


"Azizul, jaga pintu" Arahku.


Azizul mengerti.


"Sedia!" Zamri memasang kuda-kudanya.


Zamri, Khusairi, aku mula bersilat

Daus Juma'ah melompat berhadapan dengan kami. Khusairi menyerangnya.

Pang!!Satu tendangan hinggap kat dada Daus Juma'ah. Dia mengaduh. Dia masih lagi berdiri.

Kali ni Zamri pula, Daus Juma'ah pantas mengelak.

Serentak itu aku ke belakang Daus Juma'ah, cuba mencekak lehernya. Aku kelok bawah ketiaknya dan memegang lehernya!

Dia meronta hebat!

Zamri mengunci tanganya.

Khusairi menendang kaki Daus Juma'ah supaya dia melutut.

Aku terus mencekak lehernya. Aku mencekak dengan lebih kuat untuk meletihkan dia.

Daus Juma'ah terus meronta-ronta.

Akhirnya dia tidak berdaya. Dia menjadi lemah. Dan terkulai atas lantai.

"Alhamdulillahh..moh kita bawak ke surau!" Ujarku.

Seluruh ototku terasa sakit. Macam ada benda tajam mencucuk-cucuk. Hebatnya tenaga orang yang di rasuk.

Walaupun berat, aku dan yang lain-lain mengangkat Daus Juma'ah hingga ke surau.

Seluruh penghuni asrama lelaki sebenarnya dikejutkan dengan bunyi hilai ketawa Daus Juma'ah. Sebahagian daripada mereka dah pun memenuhi perkarangan surau. Arman Shah dengan Marizan mengawal situasi tu. Mereka menghalang dari pelajar-pelajar lain memasuki surau. Marizan terjenguk-jenguk ke belakang. Memerhati kelibat Ustaz Nordin.

Kat dalam surau, lain pula ceritanya. Daus Juma'ah dibaringkan sambil dipegang erat. Faiz Zubair, Fahd Muzaid, Khairel mula membaca surah Yasin.

Dengar je surah Yasin dibaca, Daus Juma'ah mula meronta-ronta. Dekat 10 orang memegangnya. Dia masih lagi bertenaga. Terhumban Zamri. Terhoyong-hayang Helmi. Peristiwa kali ni teruk berbanding apa yang berlaku kat asrama puteri minggu lepas. Satu asrama puteri tak boleh tidur. Takut agaknya.

Aku ingatkan perempuan teruk kalau kene rasuk. Rupanya, lelaki pun lebih kurang. Malah lebih teruk!

Bacaan Yasin diteruskan. Daus Juma'ah masih meronta-ronta keras. Sakit-sakit badan ditendang, ditumbuk olehnya.

Al-Faizal mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Diambilnya dalam plastik, sebutir lada hitam. Lantas ditekannya pada kuku ibu jari kaki kiri Daus Juma'ah.

"Allahummasallia'alaa Muhammad!"
"Bismillah hi Syaafii!"
"Bismillah hi Khafiiii!"
"Bismillah hi Mua'afiii!!"

Al-Faizal menekan kuat lada hitam tu.

"ArgghhhHHHHHHHHHHHH!!!!!" Jeritan Daus Juma'ah memecah keheningan malam. Pelajar-pelajar kat luar terkejut, ada yang bertempiaran lari.

Al-Faizal melepaskan sedikit.

"Dari mana usulmuu?" Soal Al-Faizal tegas.

"Hahahahaha!!!" Syaitan yang dalam badan Daus Juma'ah ketawa,

Al-Faizal menekan lagi.

"ArgghhhhHHhhHHhhhhHHHHHHHHHHHHHH!!!!" Syaitan itu menjerit sambil meronta-ronta hebat. Hampir terlucut pegangan mereka yang memegang Daus Juma'ah

Al-Faizal bertanya lagi.
"Dari mana usulmuu??!!Kenapa kau rasuk badan anak adam ini??!!" Kali ini lebih keras.

Syaitan itu dengan suara garau, mata merah menyala menjawab.

"Asalku dari Songkhla....aku disuruh merasuk Fendiiii..." Fendi Abu Khair tersentak. Mereka yang mendengar pun tersentak!

"Siapa yang suruh?Siapa tuanmu?!!" Al-Faizal bertanya. Tangannya tak lepas dari ibu jari kaki Daus Juma'ah.

"HahahHahahaha!!!" Syaitan itu ketawa.

Al-Faizal menekan lagi.

Syaitan itu pon menjerit sampai membingitkan telinga. Sambil meronta-ronta. Pegangan ke atas Daus Juma'ah semakin kuat. Sampai lemah dia jadinya.

Tiba-tiba,
Ustaz Nordin masuk.

"Al, ketepi kamu, biar saya selesaikan semua ini.." Ujar Ustaz Nordin tenang.
"Dudukkan dia. Pegang dia betul-betul!" Ustaz Nordin mengarah.

Ustaz Nordin ke belakang Daus Juma'ah. Matanya ditutup sambil mulut terkumat-kamit. Di letakkan tangannya kat tengkuk Daus Juma'ah dan diurut-urut sampai ke atas kepala. Dibuat berulang-ulang kali. Manik-manik peluh membasahi dahinya. Daus Juma'ah dah terliuk-liuk. Macam kegelian. Ustaz Nordin mengurut dengan lebih keras. Sampai kat hujung kepala Daus Juma'ah, dia mencengkam kuat. Daus Juma'ah meronta-ronta. Dicengkamnya kuat lagi.

Mulutnya terkumat-kamit. Setelah itu, aku dapat melihat, kami semua dapat melihat, ada sesuatu yang keluar melalui atas kepala Daus Juma'ah. Seperti roh keluar dari badan. Dan Daus Juma'ah tak sedarkan diri.

Kami melepaskan pegangan. Helmi dah tersandar. Aku mengurut-ngurut lenganku. Lenguh!

"Bila hal ni berlaku?" Ustaz Nordin bertanya.

Kami memandang Helmi. Biar dia saja yang jawab. Diakan Ketua Asrama.

"Malam ni ustaz. Dalam pukul dua belas tadi" Jawab Helmi.

Ustaz Nordin diam sekejap. Melepaskan lelah.

"Kenapa tak panggil saya?" Ustaz Nordin bertanya lagi. Sambil membetulkan ketayap putihnya.

Helmi diam membatu. Semua memandang satu sama lain. Memang soalan tu tak dapat kami jawab.

"Hm...apa yang berlaku kat dalam surau ni, jangan diceritakan pada sesiapa. Besok, kita adakan mesyuarat tergempar kat dewan makan. Helmi, awak kumpulkan senior-senior. Besok kita akan selesaikan semuanya, InsyaAllah.." Ujar Ustaz Nordin.

Kami semua mengangguk faham.

Kami bersurai 45 minit selepas tu.
Peristiwa malam ni amat membingungkan aku. Apa yang diucapkan oleh syaitan yang merasuk Daus Juma'ah amat mengejutkan aku. Nama Fendi disebut. Apa sebenarnya yang berlaku?Apa cerita disebalik cerita ini?

Aku balik ke dorm, Khairel dah tunggu aku kat muka pintu.

"Bang, ape cerita?Daus camne?" Soalnya bertalu-talu.

"Takde pape lah..Daus dah kitaorang bawak balik dorm dia. Helmi jaga dia malam ni." Jawabku.

"Takkan takde pape, Ustaz Nordin cakap ape?" Soalnya lagi.

"Ko boleh diam tak?!Aku penat ni!Nanti aku cerita lah!!" Bentakku.

Khairel masam muka. Aku buat tak peduli. Penat sangat rasanya. Lenguh-lenguh. Dahlah esok ada exam lagi...

Aku duduk atas katil. Aku pandang Fahrul Razi yang sedang membaca buku. Aku bagi isyarat. Seolah bertanyakan adakah semuanya ok? Dia menjungkitkan bahunya. Aku pandang sekeliling mencari Fendi Abu Khair.

"Nuar, Fendi mana?" Tanyaku pada Anuar Bahari yang sedang mengemas-ngemas lokernya.

"Dia kat Ibnu Khaldun. Teman Daus Juma'ah" Jawabnya.

Aku menggangguk.
Aku merebahkan badanku ke katil. Takde selera pun nak study. Termenung pun takde selera apatah lagi nak berangan-angan.
Akhirnya aku tertidur..

"Amir..bangun..!!" Fahrul Razi mengejutkan aku.

Aku terpisat-pisat membuka mataku. Sambil mengosok mataku aku bertanya.

"Pukul berapa sekarang ni?"

"Dekat pukul tujuh setengah!" Jawabnya.

"HaaH?!!"
Lebur subuh akuuuuuu!!!!!

Aku capai towel dan bergegas ke bilik air.
mandi lebih kurang dan terus bersiap.

Masa aku nak pakai kasut, aku tengok khairel buat senaman tai-chinya. Dengan mata tertutup.

"Hoi!!Pegi mandi laaa!Tak pegi sekolah ke!?!"


tamat bahagian satu.