Thursday, December 13, 2007

Bahagian dua.

Selesai aku menjawab paper matematik, aku bersedia untuk menjawab paper sejarah lepas waktu rehat.
Sabarrr..lagi 2 hari je lagii..lepas tu abesss...

Aku berjalan menuju ke kantin. Suasana kantin mulai riuh. Pelajar-pelajar makin bertambah.

"Amirr...kejapp!!" Laung satu suara. Entah siapa.

Langkah ku terhenti. Aku menoleh. Dari jauh kelihatan Husna sedang berlari-lari anak.

"Weih..aku nak tanya ko sket ni..huuhh..adehh!" Ujarnya termengah-mengah sambil menekan-nekan perutnya.

"Sabarr..tarik nafas duluuu.." Balasku tersenyum.

Husna, Setiausaha Lembaga Pengawas Sekolah. Berkaca mata. Manis orangnya. Bertudung sopan. Ada hati kat Helmi..Hihihihih..

"Otak ko..ni, aku nak tanye ko sket, minggu depan, ko tolong bahagian teknikal untuk Perkhemahan Pengawas eh?" Ujar Husna.

"Ha?Teknikal?Perkhemahan Pengawas?Apakah?" Aku saja bergurau. Hihih...

"Ha'ah, kitaorang ada perkhemahan. Boleh ko tolong?" Dia sikit pun tak tau aku sedang bergurau.

Hm.

"Haa..tulah pengawas!!Bila pasal teknikal, akuuu jugakk..alih-alih akuuu jugakk!!Bila aku datang lewat ke, ponteng kelas ke, bukan nak cover aku!Asyik-asyik yang masuk bilik cikgu Jaidin sapa?!Akuuuu jugak!Alih-alih akuuuu jugak!" Ujarku geram.

Memang pon. Hm.

"Tu tugas lah!Tak boleh buat ape...Orang suruh jadi pengawas tak nak!" Ujar Husna.

"Ahh!Buat apa?Bukan dapat gaji!" Terangku.

"Alaa..boleh la mirr!!" Ujarnya lembut. Manja.

Kadang-kadang termakan jugak aku. Ni lah orang pompuan. Takde keje lain.

"Pleaseeee!Ko takyah bayar pape, makan minum ditanggung..Pleaseee!!" Ujarnya lagi sambil buat muka konon-konon kiut. Memang kiut pon.

Aku memandangnya. Rasa nak tempeleng pon ada. Nasib baik pompuan. Kiut plak tuh.

Tiba-tiba Khairel dengan gengnya lalu.

"Wahai orang-orang yang berimannnn...janganlah kamu hampiri zinaaa!!!" Ujar Khairel sambil lalu kat blakang aku dengan Husna.

"Sibukkk lahhhh!!!Pegi jelah kantin tuu!!!: Jerkah Husna.

Mak aihh..Muka kiut tadi dah tukar jadik resakse.

Khairel dengan selamba je lalu. Dari jauh dengar die laung..

"Garangnyee!!"

Husna dah tarik muka. Mencebik. Muncungg je. Aku dah la tak reti nak pujuk-memujuk ni.

"Weih, dah ar tu..muncung tu bleh sangkut kunci loker aku ni tau tak?!" Aku cuba memujuk.

Memang dalam sekolah aku, kalau bab cakap-cakap same-same laki dan pompuan ni bleh jadi satu isu. Lagi-lagi lepas tu kena tegur macam Si Khairel buat. Budak laki ok je. Dak Pompuan je emo semacam..Rasa bersalah lah tu..maklumlaa..insan solehah la katekann..hihihi.
Si Husna ni sah-sah merajuk.

"Alaa..dengan budak-budak pon nak amik ati..camne nak jadik isteri solehah Helmi ni?" Aku cuba bergurau.

Ada senyuman sedikit.

"Apa Helmi, Helmi?!Aku takde pape dengan dia larr!" Ujarnya sambil tersenyum.

"Eleh, takde pape konon, tapi balik-balik pos surat gak..hihi!!" Balasku.

"Diamm arr!!!Ko nak tolong ke taknakk?!!" Jerit Husna. Kali ni kiut.

"Yelah..aku tolong laa..bile?Kat mana?Bape hari?" Balasku.

"Minggu depan, Jumaat sampai Ahad, kat Sungai Congkak" Ujar Husna.

"Hm..ok.nanti pape hal aku bagitau.." Aku memikirkan sesuatu sebenarnya.

"Yelah..ok, aku nak bertugas ni, kang marah plak buah hati ko tu!" Ujar Husna sambil bergerak menjauhi aku..

"Sapa?!" Soalku.

"Zahrah!" Laungnya dari jauh.

Aku terkebil-kebil.
Uiihh.
Langit dan Bumi bezanya aku ngan si Zahrah tuh.
Garang nak mampos!
Ntah sapa tah bakal suami dia?Hahaha!!
Pandai-pandai je minah tu.

Selesai makan, aku masuk ke kelas dan bersiap sedia nak jawab paper Sejarah. Paper ni kira boleh laa konfident aku score!Maklumlaa..anak murid kesayangan Cikgu Sabariah. Hihi.

Baru je nak menjawab, pintu kelas di ketuk,

"Assalamualaikum cikgu!" Entah siapa. Tak nampak pulak muka.

"Waalaikumsalam, Haa Zahrah, ada apa?" Jawab Cikgu Sabariah.

Zahrah?Huhu..tah pape tah minah ni. Tak jawab exam ke?

"Nak mintak kertas jawapan lebih, lagi tiga helai" Ujar Zahrah.

"Oh, nah amik ni" Cikgu Sabariah menghulurkan helaian kertas-kertas itu.

"Terima kasih cikgu" Ujarnya sambil keluar. Dengan tak semena-mena, dia menjeling tajam kat aku~!

Huh.
Aku pulak pegi tenung dia entah kenapa.
Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain.

Zahrah merupakan Timbalan Ketua Pengawas. Memang garang. Kat asrama puteri dia adalah Ketua Aspuri atau Asrama Puteri. Junior-junior memang takut ah dengan dia.

Ahh.
Biarkan.
Aku menjawab soalan Sejarah yang lebih penting dari dia!
Ehh.
Kacangnye soalannn..
Bleh scoree niihh!

******************************************************************************

Loceng tamat sekolah berbunyi jam 2.30 ptg.

Sedang aku berjalan nak balik asrama, aku disapa. Hari ni famous plak aku eh?!

"Assalamualaikum" Ujar Zahrah.

"Waalaikumsalamwarahmatullah" Jawabku sedikit terkedu.

"Saya nak tanya sikit boleh?" Ujar Zahrah lagi sambil menunduk. Sopan la plak. Menjaga mata la katekan. Aurattt...!!

"Boleh, tanya apa?" Balasku.

"Awak ni nanti pergi perkhemahan pengawas minggu depan kan?Sebagai Biro Teknikal?" Soalnya.

"Err..tapi saya tak bagi jawapan lagi..Husna dah cakap dah tadi" Terangku.

"Saya harap awak bolehlah tolong kami. Kami takde pengalaman dalam soal teknikal-teknikal ni." Ujar Zahrah dan masih lagi menundukkan mukanya.

Sesekali dia merenung ke sekeliling. Dia memang elakkan dari bertentang mata dengan aku. Hishh..auratt!!!

Khairel berselisih lagi dengan aku. Tapi kali ni dia diamm je. Buat tak tau je aku dengan si Zahrah dok bersembang.
Tau takutt!!
haha.

"InsyaAllah..saya akan cuba tolong sedaya upaya saya. Tapi janganlah harapkan saya ni sangat eh? Saya ni bukannya pandai sangat. Sikit-sikit tu boleh lah" Aku berbasa-basi.

"Terima kasih. Assalamualaikum" Ucap Zahrah dan terus berlalu. Tak sempat aku nak menjawab salam tu depannya.
Tak ada sedikit pon expression kat wajah dia. serius je.
Misteri sungguh.
Hm.

Sampai asrama, aku buat apa yang patut, mandi, solat, tido, prep, tido lagi, Solat Maghrib, dengar kuliah Ustaz Nordin, Solat Isya' dan sepatutnya aku turun prep. Tetapi oleh kerana, malam ini, Ustaz Nordin nak jumpa pasal peristiwa semalam. Aku turun ke dewan makan.

Aku tolong Helmi menyusun meja dan kerusi untuk perbincangan malam ni.
Al-Faizal membawa satu teko air teh panas dengan beberapa biji cawan.
Lepas tu, satu-satu senior-senior lain datang.
Ustaz Nordin datang dengan Daus Juma'ah.

Lepas semua ambil tempat duduk masing-masing, Ustaz Nordin bermula dengan mukaddimah dan selawat ke aras junjungan Nabi Muhammad S.A.W.(baca penuh!)

Dan Ustaz Nordin mulakan bicara,

"Bismillahirahmanirrahimm..Terima kasih sebab datang. Malam ni saya nak bagi sedikit penerangan kat kamu semua, memandangkan kamu semua senior, jadi kamu berhak tahu apa yang berlaku kat asrama kita sejak kebelakangan ni dan sa-hingalah peristiwa semalam" Ujar Ustaz Nordin.

Aku memang minat bile die cakap 'sa-hinggalah'. Macam orang dulu-dulu. Klasik!

"Dalam Al-Quran, Allah ada menyebut, Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia itu supaya mereka tunduk dan patuh kepada Aku.." Terangnya.

Semua menunggu apa sebenarnya muslihat Ustaz Nordin malam ni.

"Asrama kita sebelum terbinanya ia disini, sebenarnya kawasan tumbuhnya pokok saga. Bukan saja kawasan asrama ni, malah seluruh kawasan sekolah. Kalau kamu semua nampak kat depan bengkel tu ada satu saja pokok saga kan? Sebenarnya cerita semua ni bermula dari pokok yang satu tu lah" Terangnya lagi.

Kami semua dah semakin excited nak tahu.

"Kira-kira 50 tahun dahulu, semua kawasan daerah ni ditumbuhi kelapa sawit dan kat kawasan sini pokok-pokok saga tumbuh meliar. Semasa sekolah ini dan asrama ini dibina, ada satu pokok saga yang tak dapat ditebang"

Fikiran aku melayang kat pokok saga tua yang ada depan bengkel kemahiran hidup. Memang misteri pokok tu.

"Masa saya mula-mula mengajar kat sekolah ni, ada seorang sahabat baik saya, nama dia Ustaz Nizamuddin Al-Hafiz. Dia cikgu senior sebab dia lah orang yang pertama dipindahkan selepas sekolah ini beroperasi. Saya hanya ditempatkan disekolah ni selepas 2 tahun beroperasi"

Cerita dah semakin menarik.

"Ustaz Nizamuddin waktu itu, baru balik dari Al-Azhar. Dan dia memang seorang Al-Hafiz. Selepas tamat pengajian Al-Hafiznya, dia dihantar ke Al-Azhar. Tinggi ilmunya..namun orangnya merendah diri...baik pekertinya, halus tulus budinya"

Aku terkesima dengan cerita Ustaz Nordin. Aku teringin sangat hendak berjumpa dengan Ustaz Nizamuddin!

"Saya ditugaskan menjadi penolong warden asrama bersama-sama Ustaz Nizamuddin yang menjadi ketua saya. Batch yang pertama masuk ke asrama ni, iaitu senior-senior sebelum senior awak lagi , ialah mereka yang diambil dari kawasan sekitar sini saja"

Ustaz Nordin termenung jauh kejap. Seolah-olah mengingat sesuatu.

"Pelajar Aspuri tak ada lagi masa tu. Batch tu dalam 60 orang"

"Sikitnye ustaz?Kat sekolah ada form berapa je?" Soal Hafiz Dalhal tiba-tiba.

"Kat sekolah memang la ada pelajarnya. Semua duduk luar la. Tapi yang masuk asrama ni yang terpilih. Masa tu kat sekolah ada hanya sampai form 2" Jawab Ustaz Nordin.

"Batch 60 orang yang masuk dibahagikan dalam 5 dorm seperti kamu sekarang. Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, At-Tarmizi dan Al-Ghazali. Nama-nama dorm ni pon Ustaz Nizamuddin yang beri"

"Lagi ustaz. Sambung" Ujar Marizan tak sabar.

Ustaz Nordin tersenyum.
Dia menuang air dalam gelasnya dan menghirup sedikit.
Dan seraya dia menyambung,

"Dalam 60 orang ni, ada seorang pelajar yang mengamalkan ilmu hitam. Waktu tu dia form 2. Dia warisi ilmu ni dari atuknya. Kamu semua pernah tengok kan ilmu hitam ni? Seperti boleh bertukar wajah, buat guna-guna, bela syaitan dan sebagainya. Semua ini ternyata khurafat, syirik!Taubat nasuha saja yang boleh mencucinya!" Tegas Ustaz Nordin.

Kami semua mengangguk.

"Pelajar ni sebenarnya ada membela jin. Jin itu ditugaskan untuk dia melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Seperti mencuri, pukau dan ada sa-hingga kes berat seperti rogol. Awak bayangkan, pelajar seawal usia itu, sudah pandai melakukan itu semua. Dia sebenarnya memerlukan anak dara untuk menguatkan ilmunya lagi. Ini semua berlaku sebelum sekolah kita diwartakan sebagai Sekolah Menengah Agama ye. Awak semua jangan salah faham"

Ustaz menerangkan. Kami melongo. Dia sebut lagi 'sa-hingga'.

"Perbuatan dia ni tak bertahan lama, Ustaz Nizamuddin lah yang pertama dapat menghidu kegiatannya. Bila dia dah tahu Ustaz Nizamuddin mula nak ambil tindakan, dia menyuruh jin-jinnya, syaitan-syaitannya mendiami pokok saga kat depan tu!"

"Sebab apa ustaz?" Aku bertanya.

"Sebab Ustaz Nizamuddin dah buat 'pagar' disekeliling kawasan asrama ni. Bermula dari pintu masuk sa-hinggalah pintu belakang nak ke surau tu" Jawab Ustaz Nordin.

Dia menghirup airnya. Dia sebut lagi 'sa-hingga'. Hihih.

"Kalau jin-jin dan syaitan-syaitan tu masuk dalam salah satu 'pagar' yang Ustaz Nizamuddin buat, mereka semua tak akan dapat pergi mana-mana. Terkurung. Sebab tu lah dia suruh semua jin-jin dan syaitan-syaitannya mendiami pokok saga tu"

"Saya sendiri yang ikut masa Ustaz Nizamuddin buat 'pagar' tu. Dia genggam garam kasar dalam tangannya, dan baca surah-surah Al-Quran yang saya sendiri tak pasti surah apa. Yang saya dengar Surah An-nas ada, Surah Yasin sepotong ayat, Surah Al-Baqarah sepotong ayat dan ada lagi ayat-ayat lain. Lama juga waktu dia genggam garam tu..Setelah tu, dia campakkan garam tu ke lantai untuk mulakan 'pagar'. Masa garam tu dilontar ke lantai, meletup!Macam silap mata tu!Berasap-asap!"

Kami semua terpana seketika. Cerita yang dah berlaku dulu akhirnya terbongkar.

"Dan bila 'pagar' tu siap, budak tu melarikan diri dan tak balik-balik lagi. Tinggallah belaan-belaan dia mendiami pokok saga depan tu sampai sekarang"

"Kenapa Ustaz Nizamuddin tak setelkan pokok tu?" Soal Zamri pula.

"Saya pon bertanyakan soalan yang sama dekat dia, dan dia hanya menjawab, Semua yang berlaku ini, adalah untuk mereka yang mahu berfikir. Sebab dia nak generasi lain tahu apa akibatnya bermain dengan ilmu hitam ni. Lalu dia tak usik pokok tu. Namun selepas tu, tak ada pulak perkara-perkara seperti yang berlaku semalam" Jawab Ustaz Nordin.

"Tapi apa kaitannya dengan peristiwa semalam ustaz?" Soal aku lagi.

"Itu kita kena tanya sendiri dengan Daus Juma'ah..Daus, awak ada apa-apa yang nak dicakapkan?" soal Ustaz Nordin kat Daus Juma'ah.

Semua tumpuan kini kat Daus Juma'ah.

Daus tunduk dan mulakan cerita.

"Sebenarnya...ustaz, hmm...Saya tak..tak..tau nak mulakan cerita" Ujar Daus Juma'ah tersekat-sekat.

"Sebenarnya budak dalam cerita saya tadi tu ada kaitan dengan awak kan?!" Ujar Ustaz Nordin dengan suara yang sedikit meninggi.

Ha?!
Aku dah blurr..
Pulak dahh..
Never ending story plak kee?
Jadi?
Kaitan dengan Fendi Abu Khair ialahhh..?

Masing-masing tercengang. Zamri dah mula geram. Mengepal-ngepal penumbuknya.

"Dia...dia...abang saya!!" Ujar Daus Juma'ah.

Zamri bangun dan mendebik Daus Juma'ah. Suasana gamat sekejap. Ustaz Nordin meredakan keadaan.

"Aku nak tanya ko satu soalan. Baik ko jawab betul-betul sebelum aku bagi penampar..Malam tu, ko datang dorm Al-Khawarizmi carik Fendi Abu Khair kenapa?!" Soalku geram.

"Saya...saya nak beritahu Fendi, jin-jin tu nak rasuk dia, sebab dia pegi toreh pokok tu hari tu.." Jawab Daus Juma'ah.

"Dah macam mana pulak ko boleh tahu ada jin nak merasuk Fendi?Ko bela eh?Abang ko kasi pinjam eh?" Kali ni Fahrul Razi yang terkenal dengan pendiamnya mula bersuara.

Nurshahdan dah mengekek ketawa. Fahrul ni kadang-kadang datang angin dia memang sakit ar sape yang kena.

"Saya..saya tak tau macam mana saya boleh tauu..Saya cuma boleh katakan, jin-jin tu nak merasuk Fendi.." Ujar Daus Juma'ah sedikit terketar.

"Rasanya dia boleh rasa sebab pertalian darah.." Terang Ustaz Nordin.

"Tapi, kenapa ko plak yang kena?Takkan belaan abang ko tu tak kenal ko?Muka ko dengan abang ko lebih kurang kan?" Hafiz Dalhal pula menyampuk.

"Bukan macam tu Hafiz, Daus ni tak amalkan ilmu yang macam mana abang dia ada. Jadi mudahlah belaan abang dia merasuk dia" Terang Ustaz Nordin lagi.

Tiba-tiba suasana senyap. Masing-masing diam tak tahu nak cakap apa lagi.

"Jin tu kata dia dari Songkhla..abang ko amik kat situ ke?" Soal Al-Faizal.

"Abang saya menuntut ilmu tu kat sana...bangg.." Jawab Daus Juma'ah.

Diam lagi. Seolah ketandusan idea.

"Ustaz, siapa orang lelaki yang berpakaian silat malam yang ustaz ajak saya ikut tu?" Soal Azizul Masauddin.

"Ha?Bila masa pulak saya ajak kamu?Siapa pulak yang bersilat?" Jawab Ustaz Nordin kehairanan.

Azizul Masauddin dah pucat.


Bersambung......

Sunday, December 9, 2007

Bahagian satu (akhir).

"Lepasskan akuuu!!!Lepaskan akuuuu!!!!" Suara Daus Juma'ah memekik kat dalam tandas.

Aku, dan yang lain tersentak.

"Pergiiii!!!Jangan kacau akuuuu!!!!" Daus Juma'ah meracau-racau. Suaranya berubah garau.


Kedengaran suara Al-Faizal menengking.


"Keluar kau dari badan anak adam nii!!!Keluar sebelum aku hapuskan kau!!"


Kami semua yang menunggu di luar tak dapat nak menduga apa yang berlaku kat dalam tandas. Suara Al-Faizal makin meninggi. Dari luar kedengaran seperti ada pergaduhan.


Bulu roma aku dah naik.


"Ni dah berat nih!" Ujar Khusairi tiba-tiba.


"Hafiz, Syed, korang pergi bukak pintu surau" Ujarnya lagi.


Hafiz dan Syed mengangguk. Mereka faham bagaimana situasi ini akan berlarutan sepanjang malam.


"Wei, aku nak pergi cek budak-budak lain ok?" Marizan bersuara.


"Aku ikut ko!" Ujar Arman Shah.


Mereka akan memastikan semua pelajar masuk ke dalam dorm. Walaupun Faiz Zubair dan Fendi Abu Khair dah melaksanakan tugas tu, mereka harus memastikannya.


"Napa kita tak masuk je?Tolong diorang.." Nurshahdan mencelah.


Senyap.


"Kita tunggu Helmi" Aku bersuara. Sambil bersiap sedia menunggu Helmi. Mereka didalam tu masih boleh tangani Daus Juma'ah yang berbadan gempal.


Suara Al-Faizal kedengaran lagi.


"Keluarr!!!!Aku kata keluarrr!!!!"


"ArgggHHhh!!!!!Tidakkkkk!!!" Daus Juma'ah menjerit.


PRanGGg!!

Pintu masuk tandas pecah!


"Wei!!Tolong kitaorang!!Masukk!!" Laung Helmi.


Kami yang ada diluar cepat-cepat masuk.


Al-Faizal dah tersandar kat tepi dinding. Helmi dengan Zamri masih memegang tangan Daus Juma'ah. Ternyata Daus Juma'ah tidak dapat dikawal.


"Dia tendang Al!" Terang Zamri.


"Pegang dia!" Jerit Helmi.


Hasanudin, Nurshahdan memegang kaki Daus Juma'ah.


Terhoyong-hayang mereka dek kuatnya Daus Juma'ah ketika dia meronta-ronta.


Azizul Masauddin menempelaknya.


"Hoi!Kau ingat ko kuat?!"


"Hahahahahahaha!!!!!!" Daus Juma'ah ketawa. Tapi bukan menggunakan suaranya. Suara ini garau.


Dia meronta-ronta lagi. Lantas mereka yang memegangnya tercampak!


Daus Juma'ah melompat!


Dan bertinggung atas sinki.


Sambil merenung tajam. Rupanya berubah. Matanya merah menyala. Giginya menyeringai. Seolah bersedia untuk menerkam siapa saja yang datang dekat.


Aku mendapatkan Al-Faizal yang dalam kesakitan.


"Al, kau tak pape?" Tanyaku.


"Tak..takde pape..kita..kita mesti bawak dia ke surau.." Ujar Al-Faizal menahan sakit.


Aku berfikir sejenak. Bagaimana nak bawak makhluk ni ke surau dalam keadaan yang macam ni. Ustaz Nordin adalah ikhtiar yang terakhir.


"Zamri, kau ingat langkah pecah tujuh?" Tanyaku kat Zamri.


"Ingat" Jawabnya.


"Kau Khusairi?" Tanyaku pada Khusairi pula.


"Ingat. Kenapa?" Jawab Khusairi.


"Kita tangkap dia guna langkah pecah tujuh" Ujarku.


Zamri, Khusairi bingung.


"Boleh ke?" Tanya Zamri.


"Kita cuba. Kita kena bawak dia pegi surau" Terangku.


Daus Juma'ah masih bertinggung atas sinki. Matanya merah. Sesekali mengilai-ngilai menyakitkan telinga.


"Apa kau nak buat hah?!!Kau ingat aku takut?!!!Hahahahaha!!!" Daus Juma'ah mengacah-acah tangannya bila nampak Zamri dan Khusairi mula membuka langkah silatnya.


Aku bantu Al-Faizal dan Helmi bangun.


"Dan, ko bawak Al-Faizal, Helmi dengan Hasanudin ni ke surau..." Pintaku pada Nurshahdan. Dia menolong memapah Al-Faizal dan Hasanudin.


"Aku tolong ko Dan!" Ujar Fahrul Razi. Dan memapah pula Helmi.


"Zamri, Khusairi dan sedia?" Tanyaku pada Zamri dan Khusairi yang bersedia membuka langkah.


Aku, Zamri dan Khusairi tahu bersilat. Kami seguru kat dalam persatuan silat kat sekolah.


"Azizul, jaga pintu" Arahku.


Azizul mengerti.


"Sedia!" Zamri memasang kuda-kudanya.


Zamri, Khusairi, aku mula bersilat

Daus Juma'ah melompat berhadapan dengan kami. Khusairi menyerangnya.

Pang!!Satu tendangan hinggap kat dada Daus Juma'ah. Dia mengaduh. Dia masih lagi berdiri.

Kali ni Zamri pula, Daus Juma'ah pantas mengelak.

Serentak itu aku ke belakang Daus Juma'ah, cuba mencekak lehernya. Aku kelok bawah ketiaknya dan memegang lehernya!

Dia meronta hebat!

Zamri mengunci tanganya.

Khusairi menendang kaki Daus Juma'ah supaya dia melutut.

Aku terus mencekak lehernya. Aku mencekak dengan lebih kuat untuk meletihkan dia.

Daus Juma'ah terus meronta-ronta.

Akhirnya dia tidak berdaya. Dia menjadi lemah. Dan terkulai atas lantai.

"Alhamdulillahh..moh kita bawak ke surau!" Ujarku.

Seluruh ototku terasa sakit. Macam ada benda tajam mencucuk-cucuk. Hebatnya tenaga orang yang di rasuk.

Walaupun berat, aku dan yang lain-lain mengangkat Daus Juma'ah hingga ke surau.

Seluruh penghuni asrama lelaki sebenarnya dikejutkan dengan bunyi hilai ketawa Daus Juma'ah. Sebahagian daripada mereka dah pun memenuhi perkarangan surau. Arman Shah dengan Marizan mengawal situasi tu. Mereka menghalang dari pelajar-pelajar lain memasuki surau. Marizan terjenguk-jenguk ke belakang. Memerhati kelibat Ustaz Nordin.

Kat dalam surau, lain pula ceritanya. Daus Juma'ah dibaringkan sambil dipegang erat. Faiz Zubair, Fahd Muzaid, Khairel mula membaca surah Yasin.

Dengar je surah Yasin dibaca, Daus Juma'ah mula meronta-ronta. Dekat 10 orang memegangnya. Dia masih lagi bertenaga. Terhumban Zamri. Terhoyong-hayang Helmi. Peristiwa kali ni teruk berbanding apa yang berlaku kat asrama puteri minggu lepas. Satu asrama puteri tak boleh tidur. Takut agaknya.

Aku ingatkan perempuan teruk kalau kene rasuk. Rupanya, lelaki pun lebih kurang. Malah lebih teruk!

Bacaan Yasin diteruskan. Daus Juma'ah masih meronta-ronta keras. Sakit-sakit badan ditendang, ditumbuk olehnya.

Al-Faizal mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

Diambilnya dalam plastik, sebutir lada hitam. Lantas ditekannya pada kuku ibu jari kaki kiri Daus Juma'ah.

"Allahummasallia'alaa Muhammad!"
"Bismillah hi Syaafii!"
"Bismillah hi Khafiiii!"
"Bismillah hi Mua'afiii!!"

Al-Faizal menekan kuat lada hitam tu.

"ArgghhhHHHHHHHHHHHH!!!!!" Jeritan Daus Juma'ah memecah keheningan malam. Pelajar-pelajar kat luar terkejut, ada yang bertempiaran lari.

Al-Faizal melepaskan sedikit.

"Dari mana usulmuu?" Soal Al-Faizal tegas.

"Hahahahaha!!!" Syaitan yang dalam badan Daus Juma'ah ketawa,

Al-Faizal menekan lagi.

"ArgghhhhHHhhHHhhhhHHHHHHHHHHHHHH!!!!" Syaitan itu menjerit sambil meronta-ronta hebat. Hampir terlucut pegangan mereka yang memegang Daus Juma'ah

Al-Faizal bertanya lagi.
"Dari mana usulmuu??!!Kenapa kau rasuk badan anak adam ini??!!" Kali ini lebih keras.

Syaitan itu dengan suara garau, mata merah menyala menjawab.

"Asalku dari Songkhla....aku disuruh merasuk Fendiiii..." Fendi Abu Khair tersentak. Mereka yang mendengar pun tersentak!

"Siapa yang suruh?Siapa tuanmu?!!" Al-Faizal bertanya. Tangannya tak lepas dari ibu jari kaki Daus Juma'ah.

"HahahHahahaha!!!" Syaitan itu ketawa.

Al-Faizal menekan lagi.

Syaitan itu pon menjerit sampai membingitkan telinga. Sambil meronta-ronta. Pegangan ke atas Daus Juma'ah semakin kuat. Sampai lemah dia jadinya.

Tiba-tiba,
Ustaz Nordin masuk.

"Al, ketepi kamu, biar saya selesaikan semua ini.." Ujar Ustaz Nordin tenang.
"Dudukkan dia. Pegang dia betul-betul!" Ustaz Nordin mengarah.

Ustaz Nordin ke belakang Daus Juma'ah. Matanya ditutup sambil mulut terkumat-kamit. Di letakkan tangannya kat tengkuk Daus Juma'ah dan diurut-urut sampai ke atas kepala. Dibuat berulang-ulang kali. Manik-manik peluh membasahi dahinya. Daus Juma'ah dah terliuk-liuk. Macam kegelian. Ustaz Nordin mengurut dengan lebih keras. Sampai kat hujung kepala Daus Juma'ah, dia mencengkam kuat. Daus Juma'ah meronta-ronta. Dicengkamnya kuat lagi.

Mulutnya terkumat-kamit. Setelah itu, aku dapat melihat, kami semua dapat melihat, ada sesuatu yang keluar melalui atas kepala Daus Juma'ah. Seperti roh keluar dari badan. Dan Daus Juma'ah tak sedarkan diri.

Kami melepaskan pegangan. Helmi dah tersandar. Aku mengurut-ngurut lenganku. Lenguh!

"Bila hal ni berlaku?" Ustaz Nordin bertanya.

Kami memandang Helmi. Biar dia saja yang jawab. Diakan Ketua Asrama.

"Malam ni ustaz. Dalam pukul dua belas tadi" Jawab Helmi.

Ustaz Nordin diam sekejap. Melepaskan lelah.

"Kenapa tak panggil saya?" Ustaz Nordin bertanya lagi. Sambil membetulkan ketayap putihnya.

Helmi diam membatu. Semua memandang satu sama lain. Memang soalan tu tak dapat kami jawab.

"Hm...apa yang berlaku kat dalam surau ni, jangan diceritakan pada sesiapa. Besok, kita adakan mesyuarat tergempar kat dewan makan. Helmi, awak kumpulkan senior-senior. Besok kita akan selesaikan semuanya, InsyaAllah.." Ujar Ustaz Nordin.

Kami semua mengangguk faham.

Kami bersurai 45 minit selepas tu.
Peristiwa malam ni amat membingungkan aku. Apa yang diucapkan oleh syaitan yang merasuk Daus Juma'ah amat mengejutkan aku. Nama Fendi disebut. Apa sebenarnya yang berlaku?Apa cerita disebalik cerita ini?

Aku balik ke dorm, Khairel dah tunggu aku kat muka pintu.

"Bang, ape cerita?Daus camne?" Soalnya bertalu-talu.

"Takde pape lah..Daus dah kitaorang bawak balik dorm dia. Helmi jaga dia malam ni." Jawabku.

"Takkan takde pape, Ustaz Nordin cakap ape?" Soalnya lagi.

"Ko boleh diam tak?!Aku penat ni!Nanti aku cerita lah!!" Bentakku.

Khairel masam muka. Aku buat tak peduli. Penat sangat rasanya. Lenguh-lenguh. Dahlah esok ada exam lagi...

Aku duduk atas katil. Aku pandang Fahrul Razi yang sedang membaca buku. Aku bagi isyarat. Seolah bertanyakan adakah semuanya ok? Dia menjungkitkan bahunya. Aku pandang sekeliling mencari Fendi Abu Khair.

"Nuar, Fendi mana?" Tanyaku pada Anuar Bahari yang sedang mengemas-ngemas lokernya.

"Dia kat Ibnu Khaldun. Teman Daus Juma'ah" Jawabnya.

Aku menggangguk.
Aku merebahkan badanku ke katil. Takde selera pun nak study. Termenung pun takde selera apatah lagi nak berangan-angan.
Akhirnya aku tertidur..

"Amir..bangun..!!" Fahrul Razi mengejutkan aku.

Aku terpisat-pisat membuka mataku. Sambil mengosok mataku aku bertanya.

"Pukul berapa sekarang ni?"

"Dekat pukul tujuh setengah!" Jawabnya.

"HaaH?!!"
Lebur subuh akuuuuuu!!!!!

Aku capai towel dan bergegas ke bilik air.
mandi lebih kurang dan terus bersiap.

Masa aku nak pakai kasut, aku tengok khairel buat senaman tai-chinya. Dengan mata tertutup.

"Hoi!!Pegi mandi laaa!Tak pegi sekolah ke!?!"


tamat bahagian satu.

Thursday, December 6, 2007

sambungan bahagian satu.

Kringg!!
Loceng berbunyi. Masa rehat dah pun abes. Kebanyakan pelajar berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing.

Lepas ni aku ada paper Bahasa Arab Tinggi plak!Tadi Bahasa Arab Komunikasi!Hmm...Dua-dua killer paper.

Suasana sekolah aku dalam minggu ni memang sunyi sepi. Maklumla,minggu exam. Kalau tidak..dah macam pasar!

Aku berjalan melewati blok A. Dan ketika itulah Helmi,Ketua Asrama menyapa aku.

"Amir, malam ni ada perjumpaan lepas Isya',pukul 9 kat dorm Ibnu Sina" Ujarnya. Suaranya ada sedikit ketegasan. Macam ada yang tak kena.

"Ok,InsyaAllah" Balasku.

Helmi berlalu tanpa menoleh meninggalkan aku dengan seribu satu pertanyaan. Hm..apa-apa pun tunggu malam ni je lah. Hmm.

Ketika aku melintasi kelas Daus Juma'ah, aku tak nampak pon kelibatnya, kelasnya bersebelahan dengan kelas aku. Kat tingkat 3 Blok B ni, hanya ada satu je kelas tingkatan 3. Kelas Daus Juma'ah, 3 Azam.

Khairel memanggil aku,

"Bangg...kejap bangg!!"

"Ha, ape die?Aku ade exam ni" Tegasku.

"Abang nampak Daus tak?Kitaorang tak jumpa dia dari pagi tadi.Kat Asrama pon takde" Terang Khairel.

Pelik.

Hm.

"Takpe.Malam kang kita bincang kat dorm ok?Aku ade exam ni.Ko takde exam ke?" Soalku.

"Pagi tadi ada, hari ni satu paper je" Balasnya.

"Dah tu,PMR dah abes ke?Study PMR lak!" Balasku pula.

"Alaahh..PMR tu kacangg je beb!!Pejam mata je!" Ujar Khairel.

"Haa..elok la tuu..Takbur!cakapla lagi!!Tuhan tarik nikmat,baru ko tau!" Tegasku.

Khairel tersengih-sengih.

Aku kerling ke jam tanganku.

Ya Allahh!Lagi 10 minint nak start!
Aku bergegas ke kelasku. Sampai kat kelas, Ustazah Maznah menjeling tajam. Aku buat dekkk je dan pergi ke tempat dudukku.

Sambil tak menghiraukan yang lain, aku mula mengisi butir kat kertas jawapan.

Dan 10 minit kemudian, perjuanganku bermula.

Bahasa Arab Tinggi...

Ya Tuhannn...

Payahnyaaa paper niii!!!

Getusku dalam hati.

**********************************************************************************

Malam, lepas Isya',tepat pukul 9, aku ke dorm Ibnu Sina.
Dalam tu dah ada budak-budak lain.

"Assalamualaikum" Sapa aku.

"Waalaikumsalamwarahmatullahh" Mereka membalas hampir serentak.

Aku pandang keliling. Semua senior-senior. Helmi, Al-Faizal, Khusairi, Marizan, Hasanudin, Fahrul Razi, Zamri, Hafiz Dalhal, Azizul Masauddin, Arman Shah, Nurshahdan dan Syed Al-Hakim.
Semua senior. 12 orang semuanya. Aku tak tahu kenapa Helmi nak jumpa semua senior malam ni.
Semua muka berkerut-kerut seolah memikirkan sesuatu.
Masing-masing bersila atas lantai dorm Ibnu Sina.

"Wei, ada ape wei?" Aku separa berbisik kat Hafiz Dalhal.

"Entah. Aku pon tak tau" Jawab Hafiz Dalhal.

"Pasal Daus Juma'ah" Al-Faizal mencelah.

Aku termenung sekejap.

"Amir, malam tadi ko ada jumpa Daus Juma'ah?" Tanya Helmi.

"Ada,dia datang bilik aku malam tadi. Carik Fendi Abu Khair katenye" Ujarku.
"Apa masalah mi?" Tanyaku.

"Dia hilang" Jawabnya ringkas.

"Ha?Hilang?Camne boleh hilang?" Tanyaku lagi.

"Ni yang aku pelik ni. Aku dah suruh bebudak carik dia. Kita tunggu jelah kat sini dulu" Jawabnya.
"Tadi aku dengar,ada orang nak bagitau aku sesuatu.Sapa?" Ujar Helmi.

Masing-masing memandang muka masing-masing.

"Laa..cakap jelah.Bukan aku nak marah pon" Ujar Helmi lagi.

Azizul Masauddin mengangkat tangan.

"Tak payah lah angkat tangan,cakap je lah" Celah Khusairi.

Yang lain tergelak.

"Malam tadi ada perkara pelik berlaku" Ujar Azizul Masauddin.

Semua memandang ke arah Azizul Masauddin penuh kehairanan.

"Tapi cite ni abes sini je la ye.Aku taknak sampai Ustaz Nordin tau" Ujarnya lagi.

Semua menunggu cerita dari Azizul Masauddin dengan penuh minat.
Aku membetulkan kedudukan sila aku.

"Malam tadi Ustaz Nordin suruh aku ikut dia. Ronda kawasan asrama. Lepas tu, ada dua orang datang lengkap berbaju silat. Ustaz Nordin tegur macam dah kenal. Ustaz panggil salah sorang tu Wak. Ustaz ada cakap pasal pagar-memagarlah, ada setan kacau asrama kita lah, ada penunggu kat pokok saga depan tu lah, aku tak berapa pasti sebab aku ngantuk. Aku teman je Ustaz" Cerita Azizul Masauddin.

"Lepas tu?" Ujarku.

"Lepas tu, orang tu bersilat kat kawasan lapang depan bengkel kemahiran hidup" Sambung Azizul Masauddin.

"Lagi?" Pinta Helmi.

"Ustaz Nordin suruh aku balik dorm. Aku tak tau apa diorg buat lepas tu" Ujar Azizul Masauddin.

Semua kaget.
Ada yang berbisik-bisik.
Seolah ragu-ragu nak percaya cerita Azizul Masauddin.

"Kau biar betul ni Zul, ni sampai berpawang-pawang,bersilat-silat, ni kes serius ni!" Tegas Helmi.

"Betul!Aku tak tipu!" Balas Azizul Masauddin.

Aku nak aje bukak cerita. Tapi aku rasa baik aku tunggu apa kesimpulan yang si Helmi nak buat.
Lepas tu suasana sepi seketika.

DannGg!!
Pintu dorm Ibnu Sina ditolak kuat tiba-tiba!

Hafiz Dalhal dah melompat atas katil.
Yang lain berganjak sedikit dari tempat duduk.

Fahd Muzaid kelihatan kat muka pintu tercungap-cungap.

Zamri bangun dan mencekak leher Fahd Muzaid.

"Ko ni, takde adab ke?Tak reti bagi salam ke?Ha?Apehal ko ni?" Marah Zamri sambil mengheret Fahd Muzaid ke tengah dorm.

"Arkhh..Sori bangg..Sorii" Ujar Fahd Muzaid.

Zamri melepaskan cekakan tangannya.

"Ha,kenapa ko?" Soal Zamri.

Senior-senior lain bertambah-tambahlah heran dengan peristiwa itu.

"Daus bangg...Dauss..!!" Ujar Fahd Muzaid masih tercungap-cungap.

"Ha?Kenapa dengan dia?" Soal Zamri lagi.

"Dia bangg..kitaorang jumpa dia kat tandas tingkat tiga...dia...diaa" Ujar Fahd Muzaid tersekat-sekat.

"Dia Apa?!!" Jerkah Marizan.

"Dia kene sampuk!!"

Semua terperanjat dengan kenyataan Fahd Muzaid. Tanpa berlengah, kami semua bergegas ke tandas tingkat 3.
Masing-masing seram sejuk bila sampai kat situ.
Terutamanya aku.

Kat situ ada lagi 3 orang. Khairel, Faiz Zubair dan Fendi Abu Khair. diorang tunggu kat luar tandas. Takut nak masuk.

"Apehal ni?Mana Daus?" Soal Helmi.

"Ada kat dalam tu bang..bangg jangan masuk bangg..kita panggil Ustaz Nordin je la!" Jawab Khairel.

"Takpe. Biar aku masuk!" Celah Al-Faizal.

Helmi membenarkan.
Semua orang berdebar-debar tatkala Al-Faizal melangkah masuk dalam tandas. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

Kami menunggu.

"Helmiii!!!!Zamrii!!!Masuk lekassss!!!!" Al-Faizal menjerit tiba-tiba.

Helmi dan Zamri meluru masuk ke dalam tandas.

Sambil itu aku menyuruh Faiz Zubair dan Fendi Abu Khair supaya memastikan semua pelajar masuk dalam dorm masing-masing. Takut kecoh!
Sambil Khairel berjaga kat tingkat bawah. Tengok kalau Ustaz Nordin meronda.

Suasana malam tu sungguh pekat. Jam menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Bunyi cengkerik makin kuat kat luar tu.

Masing-masing yang ada kat situ menunggu agenda seterusnya.
Bukan calang-calang yang ada kat situ.
Hafiz Dalhal, Khusairi, Al-Faizal, Helmi, Zamri...
Semua ilmu tinggi-tinggi.
Setakat orang kene rasuk, sampuk apa lah sangat bagi diorang.
Dah banyak kes kat sekolah dan kat asrama tu diorg setelkan. Termasuk asrama puteri.

Tiba-tiba......

Bersambung.

Wednesday, December 5, 2007

Bahagian satu.

Malam tu sungguh berlainan dari malam-malam yang lain. Semua orang nampak kelam kabut. Tak tentu arah. Ustaz Nordin berkali-kali memberi pengumuman kat pembesar suara menyuruh kami semua prep dalam dorm dan jangan sekali-kali berlegar dikawasan asrama.
Aku tengok katil Fahrul Razi.
Hm.
Bukannya nak belajar!Tido!
Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Jadi aku kene struggle sket. Sebab exam yang lepas-lepas sangatlah tidak membanggakan aku.huhu. Lagi-lagi Bahasa Arab.Yang lain-lain jangan haraplah nak bangun study.
Dorm Al-Khawarizmi di diami oleh beberapa junior aku.Khairel, Faiz Zubair, Anuar Bahari, Fendi Abu Khair, Khairi Wahid,Mat Syahril.
Semuanya tido mati!
Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 malam. Suasana agak sepi kat luar.
Tiba-tiba salakan anjing kedengaran. Panjang-panjang dan bersahutan lak tu!
Serentak itu, pintu dorm di ketuk.
Aku membatu sekejap. Cuba-cuba dengar, siapa kat luar.

"Fendiiiii!!Ooo Fendii!!!" Sambil pintu diketuk.
Aku senyap.

"Fendiii!!!" Kali ni pintu diketuk kuat. Bergegar.
Aku gagahkan diri pergi buka pintu. Walaupun tengah seram sejuk.

"Laaa..ngko rupanya Daus.Ko nak apa malam-malam buta ni?Tak reti bagi salam ke?Kan Ustaz Nordin tak kasi merayau" Aku bersuara sambil melihat Daus Juma'ah tercegat kat muka pintu dorm. Berpeluh-peluh macam orang baru balik jogging.

"Sorry Abg Amir. Fendi...Fendi dah tido ke belum?Saya ada hal penting ni!" Ujar Daus Juma'ah dengan tercungap-cungap.

"Dia dah tido dah. Haa..kenapa ko carik dia?"
"Dah tido?Er...takpelah bang. Esok pagilah saya jumpa dia."
Balas Daus Juma'ah sambil kelam-kabut menuju balik ke dormnya.

Dah kenapa pulak budak ni?Malam-malam buta cari si Fendi.Hmm.Sedang aku berkira-kira kat muka pintu dorm, kedengaran laungan Ustaz Nordin dari bawah.

"Al-Khawarizmi!!!!Tutup lampuuu!!!"Aku belum tutup lampu dorm rupanya.

Cepat-cepat aku tutup sebelum Ustaz Nordin naik. Payah jugak kalau orang tua tu naik.
Setelah itu, aku balik ke katil aku. Bukak lampu picit dan belek kitab 'Al-A'rabiah Al-Ittisaliyyah' atau dalam bahasa halusnya, Bahasa Arab Komunikasi. Bukan senang nak score paper ni. Bahagian A, Bahagian tatabahasa boleh lagi. Masuk bab Esei. Masya'Allahhh!Bak kata Faiz Zubair.

Sedar tak sedar masa dah berlalu. Aku study dekat 2 jam. Jam pun dah hampir 2.30 pagi. Mata mula berair. Entah berapa kali aku menguap. Aku meletakkan buku kat tepi kepala katil je. Sambil aku baring tu, aku mula berangan-angan. Sambil merenung ke papan katil atas. Sesekali katilku berkeriut dek si Khairel yang lasak tido kat atas. Dan aku terlelap.

Aku tak tahu malam tu kenapa aku asyik nak pandang ke arah katil Fahrul Razi. Aku ada rasa macam ada yang tak kena. Aku beberapa kali terjaga dan terpisat-pisat bangun menggosok mata. Memang tak boleh tido. Aku pujuk mata ni supaya lelap.

Tiba-tiba dalam antara lelap dan jaga tu, aku ternampak katil Fahrul Razi keluar asap!Maksud aku asap keluar dari bawah katil. Tebal. Berkepul-kepul. Putih.
Aku ingat, aku ni mamai. Aku buka mata aku. Memang sah asap!Entah dari mana datangnya!Katil Fahrul Razi bergoncang.

Yang peliknya Fahrul Razi tak sedar-sedar pun. Si Fendi Abu Khair yang tido kat atas tu pon tak sedar. Goncangannya kuat. Aku tak boleh nak bersuara pon. Tersekat suara kat kerongkong ni. Mulut ni dah terkumat-kamit baca ayat-ayat suci.Gegaran-gegaran, goncangan-goncangan katil tu berjangkit-jangkit.

Lepas katil Fahrul Razi dengan Fendi Abu Khair, pergi pulak katil Faiz Zubair dengan Anuar Bahari, lepas tu katil Khairi Wahid dengan Mat Syahril. Dan katil aku!Goncangannya terlalu kuat. Mustahil diorg semua tak sedar!

Aku tak putus-putus membaca ayat kursi!Goncangan katil dalam dorm aku makin hebat. Aku tak dapat bangun pun apatah lagi nak menjerit mintak tolong.Aku tak tahu apa jadi selepas itu, sebab aku selimutkan diri aku dan terus tido.

Aku terjaga masa azan subuh berkumandang.Aku melihat sekeliling dorm aku. Macam takde apa-apa yang jadi. Semuanya normal. Fahrul Razi ketika tu baru lepas mandi.

"Fahrul, malam tadi ko tak rasa pape ke?" Soal aku tiba-tiba.

"Ha?Takde pon. Kenapa?" Ujarnya."Oh..takde pape lah" Balas ku.
Aku tak rasa pon nak bercerita pasal peristiwa malam tadi.
Tunggu masa yang sesuai.

Dorm aku seperti biasa kembali riuh. Dengan gelagat Faiz Zubair menyakat si Anuar Bahari. Dengan si Khairel dah macam zombie berjalan-jalan dalam dorm sambil mata tertutup.
Bila aku tegur,

"Ni namanya taichi bang!" Balasnya.

Otak ko!
Dalam hati aku.
bersambung.....