Wednesday, December 5, 2007

Bahagian satu.

Malam tu sungguh berlainan dari malam-malam yang lain. Semua orang nampak kelam kabut. Tak tentu arah. Ustaz Nordin berkali-kali memberi pengumuman kat pembesar suara menyuruh kami semua prep dalam dorm dan jangan sekali-kali berlegar dikawasan asrama.
Aku tengok katil Fahrul Razi.
Hm.
Bukannya nak belajar!Tido!
Minggu ni adalah minggu peperiksaan. Jadi aku kene struggle sket. Sebab exam yang lepas-lepas sangatlah tidak membanggakan aku.huhu. Lagi-lagi Bahasa Arab.Yang lain-lain jangan haraplah nak bangun study.
Dorm Al-Khawarizmi di diami oleh beberapa junior aku.Khairel, Faiz Zubair, Anuar Bahari, Fendi Abu Khair, Khairi Wahid,Mat Syahril.
Semuanya tido mati!
Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 malam. Suasana agak sepi kat luar.
Tiba-tiba salakan anjing kedengaran. Panjang-panjang dan bersahutan lak tu!
Serentak itu, pintu dorm di ketuk.
Aku membatu sekejap. Cuba-cuba dengar, siapa kat luar.

"Fendiiiii!!Ooo Fendii!!!" Sambil pintu diketuk.
Aku senyap.

"Fendiii!!!" Kali ni pintu diketuk kuat. Bergegar.
Aku gagahkan diri pergi buka pintu. Walaupun tengah seram sejuk.

"Laaa..ngko rupanya Daus.Ko nak apa malam-malam buta ni?Tak reti bagi salam ke?Kan Ustaz Nordin tak kasi merayau" Aku bersuara sambil melihat Daus Juma'ah tercegat kat muka pintu dorm. Berpeluh-peluh macam orang baru balik jogging.

"Sorry Abg Amir. Fendi...Fendi dah tido ke belum?Saya ada hal penting ni!" Ujar Daus Juma'ah dengan tercungap-cungap.

"Dia dah tido dah. Haa..kenapa ko carik dia?"
"Dah tido?Er...takpelah bang. Esok pagilah saya jumpa dia."
Balas Daus Juma'ah sambil kelam-kabut menuju balik ke dormnya.

Dah kenapa pulak budak ni?Malam-malam buta cari si Fendi.Hmm.Sedang aku berkira-kira kat muka pintu dorm, kedengaran laungan Ustaz Nordin dari bawah.

"Al-Khawarizmi!!!!Tutup lampuuu!!!"Aku belum tutup lampu dorm rupanya.

Cepat-cepat aku tutup sebelum Ustaz Nordin naik. Payah jugak kalau orang tua tu naik.
Setelah itu, aku balik ke katil aku. Bukak lampu picit dan belek kitab 'Al-A'rabiah Al-Ittisaliyyah' atau dalam bahasa halusnya, Bahasa Arab Komunikasi. Bukan senang nak score paper ni. Bahagian A, Bahagian tatabahasa boleh lagi. Masuk bab Esei. Masya'Allahhh!Bak kata Faiz Zubair.

Sedar tak sedar masa dah berlalu. Aku study dekat 2 jam. Jam pun dah hampir 2.30 pagi. Mata mula berair. Entah berapa kali aku menguap. Aku meletakkan buku kat tepi kepala katil je. Sambil aku baring tu, aku mula berangan-angan. Sambil merenung ke papan katil atas. Sesekali katilku berkeriut dek si Khairel yang lasak tido kat atas. Dan aku terlelap.

Aku tak tahu malam tu kenapa aku asyik nak pandang ke arah katil Fahrul Razi. Aku ada rasa macam ada yang tak kena. Aku beberapa kali terjaga dan terpisat-pisat bangun menggosok mata. Memang tak boleh tido. Aku pujuk mata ni supaya lelap.

Tiba-tiba dalam antara lelap dan jaga tu, aku ternampak katil Fahrul Razi keluar asap!Maksud aku asap keluar dari bawah katil. Tebal. Berkepul-kepul. Putih.
Aku ingat, aku ni mamai. Aku buka mata aku. Memang sah asap!Entah dari mana datangnya!Katil Fahrul Razi bergoncang.

Yang peliknya Fahrul Razi tak sedar-sedar pun. Si Fendi Abu Khair yang tido kat atas tu pon tak sedar. Goncangannya kuat. Aku tak boleh nak bersuara pon. Tersekat suara kat kerongkong ni. Mulut ni dah terkumat-kamit baca ayat-ayat suci.Gegaran-gegaran, goncangan-goncangan katil tu berjangkit-jangkit.

Lepas katil Fahrul Razi dengan Fendi Abu Khair, pergi pulak katil Faiz Zubair dengan Anuar Bahari, lepas tu katil Khairi Wahid dengan Mat Syahril. Dan katil aku!Goncangannya terlalu kuat. Mustahil diorg semua tak sedar!

Aku tak putus-putus membaca ayat kursi!Goncangan katil dalam dorm aku makin hebat. Aku tak dapat bangun pun apatah lagi nak menjerit mintak tolong.Aku tak tahu apa jadi selepas itu, sebab aku selimutkan diri aku dan terus tido.

Aku terjaga masa azan subuh berkumandang.Aku melihat sekeliling dorm aku. Macam takde apa-apa yang jadi. Semuanya normal. Fahrul Razi ketika tu baru lepas mandi.

"Fahrul, malam tadi ko tak rasa pape ke?" Soal aku tiba-tiba.

"Ha?Takde pon. Kenapa?" Ujarnya."Oh..takde pape lah" Balas ku.
Aku tak rasa pon nak bercerita pasal peristiwa malam tadi.
Tunggu masa yang sesuai.

Dorm aku seperti biasa kembali riuh. Dengan gelagat Faiz Zubair menyakat si Anuar Bahari. Dengan si Khairel dah macam zombie berjalan-jalan dalam dorm sambil mata tertutup.
Bila aku tegur,

"Ni namanya taichi bang!" Balasnya.

Otak ko!
Dalam hati aku.
bersambung.....